Hai awak.
Abang ada di KL.
Tidur di Bukit Tunku. Siang tadi main polo kemudian malam ada dinner dengan
client. Jumpa client pun tak ada mood sangat. Mungkin sebab badan penat. Minggu
yang memenatkan dengan kerja yang agak banyak.
Macam biasa, abang pergi Hospital
Kajang. Tidur dalam kereta sambil pandang atap. Kalau awak ada bolehlah pandang
awak. Abang dengar lagu kita sampai tertidur. Tidur lena. Entah kenapa setiap
kali ke sini abang dapat tidur dengan lena. Mungkin sebab awak ada walaupun
sebenarnya awak tak ada pun dengan abang...
_ _ _
Abang cari awak. Separuh dari
abang masih mahukan awak. Separuh dari abang tak mahukan awak. Hampir setiap
saat abang rindukan awak – dari bangun tidur, dalam meeting, memandu, minum
kopi, baca buku sampailah dalam waktu-waktu kerja yang sibuk. Fikiran abang
selalu melayang ingat awak.
Yang selalu buat abang berhenti untuk
terus cari awak bila abang teringat
setiap kata-kata awak. Abang akui setiap kata-kata awak sangat pedih dan
menyakitkan hati abang. Setiap kata-kata awak abang terima. Abang pendam dan ia
menyakitkan. Sangat menyakitkan. Tapi rindu yang terpendam lebih menyakitkan…
_ _ _
Jangan risau. Abang tak akan
kacau awak. Abang tak akan ambil berat. Abang tak akan buat apa-apa. Kalau
abang rindu awak, abang pergi Hospital Kajang. Entah kenapa abang pergi sana.
Mungkin sebab awak ada. Orang kata kalau tak dapat tengok orang yang kita
sayang, dapat tengok bumbung pun jadilah.
Langkah-langkah rindu abang
selalu mati dan tawar setiap kali abang teringat kata-kata awak. Ada
beberapa kata-kata awak yang sangat pedih. Abang tak mahu ingat tapi
kadang-kadang abang teringat juga. Sebolehnya abang tak mahu ingat yang
buruk-buruk tentang awak. Awak perempuan yang paling abang sayang tentu abang
akan ingat yang baik-baik saja tentang awak.
_ _ _
Lagi sebulan kita puasa. Tahun
lepas kita tak puasa bersama. Tahun lepas tak ada lagi gurau senda. Tahun lepas
kita sudah tak ada. Entahlah…kalau layan rasa rindu rasanya memang tak akan ada
kesudahan. Abang rindu awak banyak sangat. Rindu dari jauh…
Terima kasih pernah hidup susah senang
dengan abang. Perempuan seperti awak sukar di cari ganti. Awak perempuan yang setia.
Banyak kali mata awak basah sebab abang. Terlalu banyak… Awak tak sesuai hidup
dengan lelaki macam abang. Hidup kita tak macam orang lain. Perjalanan kita
rumit…
_ _ _