Monday, October 27, 2014

Someone caught my attention

Someone caught my attention and apparently…

Kadang-kadang ayat ini muncul di celah-celah urusan seharian. Datang ketika diri sedang sibuk. Ayat bagi permulaan segala-galanya...

Cerita khianat ini terlalu pedih untuk di ingat-ingat. Aku cuba pinggirkan tapi kadang-kadang akal mengingatkan.

Ambil saja untuk pengajaran di hari muka. Siapa sangka, yang paling kita sayang, yang paling kita cinta, yang paling kita percaya - akan khianat kita. 

Mungkin tidak di rancang. Mungkin tidak sengaja. Mungkin sudah tersurat. Mungkin sudah takdir. Kata orang sudah tertulis.
_ _ _

Kesakitan yang maha hebat bukanlah kerana kehilangan atau kematian tapi sebuah pengkhianatan.
_ _ _ 

The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies - Unknown

Tuesday, October 21, 2014

Love doesn't always end happily

Hana merajuk sejak Sabtu lepas. Aku tak ada hati hendak memujuk kerana angin rindu datang kembali sehari dua ini. Handphone masih belum di jumpai dan mungkin akan ghaib begitu saja.

Belum berhajat membeli handphone. Zaza hadiahkan handphone yang sangat kena dengan taste aku - Blackberry Z10. Zaza memang selalu tahu apa yang aku suka. Aku tak berminat untuk ambil handphone yang Zaza hadiahkan. 

Min pernah hadiahkan iPhone 5. Aku tak ambil. Aku suka barang Apple yang lain kecuali iPhone. Aku lebih suka Samsung. Sekarang pinjam handphone Ocio. Ocio bukan guna sangat pun. 

Dulu, kalau rindu boleh buka phone book dan search ‘Babe’. Tengok nama lama-lama dan ingat beberapa kenangan. Kenangan random. Handphone hilang agaknya untuk  “memaksakan” aku secara kasar oleh Yang Satu untuk move on.
_ _ _


Aku memang sudah move on tapi rasa ingin turn back datang sekali-sekala dan akal mewaraskan ia tak mungkin berlaku. Walaupun antara kita masih ada cinta dan kasih sayang, kita tak mungkin jadi seperti dulu. 

Cinta kadang-kadang sesuatu yang aneh. Kita masih cintai orang yang pernah lukakan hati kita sedalam-dalamnya. Kita masih cintai orang yang pernah khianat cinta kita. Cinta sesuatu yang sukar di fahami.

Orang kata “Love is not enough” untuk kekal bahagia walaupun kedua-duanya masih ada rasa kasih dan sayang. Perjalanan cinta kadang-kadang tak berjalan seperti yang kita impikan. Cinta antara dua insan yang bahagia bukan tiket untuk berasa bahagia selama-lamanya. 

Love doesn't always end happily. 
_ _ _ 


Kadang-kadang kita akan lebih menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain bila kita tak lagi bersama. Ia sesuatu di luar rasional akal. Cinta tak pernah ada rasional. Sekali kita jatuh cinta, kita akan cinta sampai bila-bila.

Kita tak boleh lupakan. Jauh sekali membenci. Kita akan terus mencintai orang yang kita sayangi sampai bila-bila sungguhpun tak lagi bersama. Kita tak akan mampu berhenti mencintai sesuatu yang pernah memberi kita kebahagiaan.


Paul Hudson kata “You wait in hopes that new love can take the place of the old — which it can. But that doesn’t mean you will ever stop loving each other. Some people will love each other until the day they die, spending the majority of their lives apart”.

Saturday, October 18, 2014

Hana Imran

“Nama ayah apa?”
“Kenapa abang tanya? Nak masuk minang ek?”
“Nampak hari tu nama Imran. Nama ayah Imran ke?”
“Tak. Tu nama abang la”
“Kenapa letak nama Imran pulak? Kan ada nama ayah”
“Nak biasakan letak nama suami. Hana Imran @ Mrs. Imran”
“Jangan pakai Mrs.Imran. Jangan pakai nama Imran jugak”
“Abang ada Mrs.Imran ke?”
“Ada...hmm...Takde
“Ada ke takde?
“Takde”
“Takde kan. Bolehlah Hana pakai”
“Tak boleh”
“Boleh la, boleh la. Hana suka”
“Tak boleh jugak”
“Boleh la. Boleh la. Please?”
“Gedik. Suka hatilah. Pakai nama Mrs.Imran kenyang eh?”
“Hati tumbuh bunga-bunga je”
“Gatal. Senyum meleret”
“Hana Imran@Mrs.Imran. Sedap”
“Ayah hantar suruh belajar”
“Ayah suruh cari bakal suami jugak tau”
“Ada calon dah eh?”
“Ada”
“Siapa?”
“Mr.Imran”

Friday, October 17, 2014

Keep reading. I’ll keep loving

“Nak tengok gambar tak?”
“Gambar apa?”
“Ada la”
“Mana?”
“Kawan orang cakap abang comel”
“Eh! Tangkap curi! Mana aci! Delete la”
“Orang letak dekat Facebook. Ramai orang like!”
“Padam la. Ish! Padam cepat”
“Tak nak padam. Abang ni pemalu ye”
“Tak nak padam. Tak nak kawan”
“Orang suka gambar ni”

_ _ _


Gambar dengan caption “Keep reading. I’ll keep loving”

Wednesday, October 15, 2014

You made my day

Balik dari sesi radiation therapy, ada bungkusan di atas meja. Kiriman dua buah buku dari Malaysia. Senaskah The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia oleh Muhammed Abdul Khalid dan senaskah Rich Malaysia, Poor Malaysian oleh Anas Alam Faizili. Di kulit buku Rich Malaysia, Poor Malaysian tercatat kata-kata indah ini:-

The strongest people aren't always the people who win, but the people who don't give up when they lose.

Happy reading!


NIA

_ _ _ _

You made my day.

Monday, October 13, 2014

Tak ada angin pokok tak bergoyang

“Bahagia nampak”
“Kak Ain jangan nak buat gosip”
“Malu ke? Cantik tak? Nama apa?”
“Siapa? Kak Ain ni pandai-pandai je”
“Gosip telegram penuh dah tau”
“Tak tau la Kak Ain cakap apa ni”
“Tak ada angin pokok tak bergoyang”
“No comment”
“Bajet retis”
“Dah la. Ocio nak guna handphone nanti”
“Ph.D stud, 24. Imperial College London. Rumah depan Hyde Park kan?”
“Entah. Siapa jadi mata gelap ayam Kak Ain ni?”
“Romeo bukan susah nak jumpa Juliet”
“No comment”
“Budak lagi. Gedik-gedik nak attention tu biasa. Tahan je tau”
“Malas nak layan Kak Ain. Melati sihat?”
“Kirim salam pada bakal adik ipar. Take care.
“Jangan risau. Ada banyak girls boleh jaga Im hahaha”
“Ayat macam sial!”
“Mintak simpang Melati jangan ikut mulut macam mak dia ni”
“Dengki lettew

Sunday, October 12, 2014

Bye Jules

1.

Min betul. Aku lebih selesa di London berbanding Paris walaupun kedua-dua ibu kota cinta. London lebih dekat di hati berbanding Paris. Seminggu sekali berulang-alik London-Paris untuk sesi radiation therapy. Ada lagi tiga sesi sebelum selesai sepenuhnya.

Selesai radiation therapy, perlu jalani chemotherapy. Kemudian perlu mengikuti physiotherapy. Masih mengikuti kelas bahasa untuk pesakit selepas pembedahan.  Pelaburan untuk penyembuhan menelan kos yang begitu tinggi. Harap-harap pelaburan yang berbaloi.


2.

Min sudah terbang ke Jamaica. Terbang dengan linangan air mata. Katanya, dia tak mahu terlibat dengan projek penyelidikan di sana dan minta di batalkan penyertaan. Aku tak selamanya di London, Min. Hujung Disember nanti aku pasti pulang ke Ipoh.

Aku harap kau baik-baik saja di sana. Menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang lebih berguna dari membuang masa bersama aku. Pergilah ke mana saja. Timbalah ilmu sebanyak-banyaknya. Bekal ilmu untuk berbakti.


3.

Aku hantar Min ke lapangan terbang setelah di desak berkali-kali. Aku hadiahkan Min sebuah buku berserta sekeping nota:-

“Tempat seorang perempuan adalah di sisi seorang lelaki. Semoga kau beroleh ilmu dan pengalaman di tempat orang. Aku doakan kau bertemu lelaki budiman yang baik budi pekerti. Selamat merantau, kawan.”

“Antara aku dan Zaza, kalau kau boleh pilih, siapa yang kau pilih?”
“Yang tak kenal aku tapi tahu segala-galanya tentang aku”
“Siapa?”
“Dua-dua pun aku tak nak hahaha”
“Good bye playboy”
Bye Jules. Jangan nangislah. Malu orang tengok”
At least orang tengok kau pakwe aku”
“Perasan! Kau tak payah nangis sangatlah. Kau kan bawa aku dalam hati kau”
“Mulut manis! Dasar playboy!
“Bye Jules. Take care”
“Bye playboy. Gonna miss you”

Thursday, October 09, 2014

Berkira

Kakak: Adik...tolong ambil air.
Umar: Adik bishi (muka serius)
Kakak: Adik suka berkira dengan Kakak.
Umar: Adik tak berkila dengan Kakak.
Kakak: Adik selalu berkira dengan Kakak. 
Umar: Adik makan kek hangush Kakak, adik tak berkila pun.

Biskut Makmur

Tak ada siapa yang tahu aku paling suka biskut makmur. Pagi tadi, di muka pintu ada bungkusan - tupperware berisi biskut makmur. Di selit sekeping kad berwarna kuning.

“Take a deep breath and try again”

_ _ _

Tentu biskut makmur dari Zaza.

Tuesday, October 07, 2014

Kematian

Seminggu sudah berlalu...

_ _ _ 


Kematian, salah satu bentuk perpisahan.
Sepanjang hari mengalir air mata.
Kesedihan datang bertimpa-timpa.

Selamat mendiami taman syurga.

Moga kita bertemu lagi.

_ _ _


Ia kenangan yang indah. Hari-hari yang membahagiakan. Penuh dengan gelak ketawa dan keceriaan. Walaupun seminggu cuma...

Monday, October 06, 2014

Hilang

Dua kali handphone hilang. Kali pertama hilang, hari Sabtu. Jumpa semula hari Rabu. Khamis lepas, handphone ghaib lagi. Sampai sekarang belum jumpa. Masih berharap handphone yang hilang dapat di temui semula. Malah, berharap sangat agar ia di jumpai.

Adam suka main handphone sebab ada gambar kucing. 

Haih.

_ _ _ 


Daddy: Adam, mana handphone daddy?
Adam: Meow pinjam.


_ _ _


Daddy: Umar ada nampak handphone daddy tak?
Umar: Adik nampak budak tecik-tecik main.
Daddy: Adam lupa dia letak mana. 
Umar: Petanda baik daddy!
Daddy: Petanda baik apa pulak ni Umar?
Umar: itelefon 6 dalam perjalanan.
Daddy: Daddy tak nak iPhone 6. 
Umar: Meow pinjam itelefon daddy. Daddy beli telefon balu.
Daddy: Ni pakat ghaibkan handphone daddy ke?
Umar: Daddy tak baik fitnah dunia tekat adik.
Daddy: Alaa mana ada fitnah. Umar ni.
Umar: Daddy tenelah ledho itelefon daddy hilang.
Daddy: Nak redha macam mana. Daddy sayang handphone tu
Umar: Ustad takap Tuhan tuke ambil yang kita tayang. Kita tene ledho.
Daddy: Alaa...Hmm...daddy cuba redha.