Sunday, October 12, 2014

Bye Jules

1.

Min betul. Aku lebih selesa di London berbanding Paris walaupun kedua-dua ibu kota cinta. London lebih dekat di hati berbanding Paris. Seminggu sekali berulang-alik London-Paris untuk sesi radiation therapy. Ada lagi tiga sesi sebelum selesai sepenuhnya.

Selesai radiation therapy, perlu jalani chemotherapy. Kemudian perlu mengikuti physiotherapy. Masih mengikuti kelas bahasa untuk pesakit selepas pembedahan.  Pelaburan untuk penyembuhan menelan kos yang begitu tinggi. Harap-harap pelaburan yang berbaloi.


2.

Min sudah terbang ke Jamaica. Terbang dengan linangan air mata. Katanya, dia tak mahu terlibat dengan projek penyelidikan di sana dan minta di batalkan penyertaan. Aku tak selamanya di London, Min. Hujung Disember nanti aku pasti pulang ke Ipoh.

Aku harap kau baik-baik saja di sana. Menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang lebih berguna dari membuang masa bersama aku. Pergilah ke mana saja. Timbalah ilmu sebanyak-banyaknya. Bekal ilmu untuk berbakti.


3.

Aku hantar Min ke lapangan terbang setelah di desak berkali-kali. Aku hadiahkan Min sebuah buku berserta sekeping nota:-

“Tempat seorang perempuan adalah di sisi seorang lelaki. Semoga kau beroleh ilmu dan pengalaman di tempat orang. Aku doakan kau bertemu lelaki budiman yang baik budi pekerti. Selamat merantau, kawan.”

“Antara aku dan Zaza, kalau kau boleh pilih, siapa yang kau pilih?”
“Yang tak kenal aku tapi tahu segala-galanya tentang aku”
“Siapa?”
“Dua-dua pun aku tak nak hahaha”
“Good bye playboy”
Bye Jules. Jangan nangislah. Malu orang tengok”
At least orang tengok kau pakwe aku”
“Perasan! Kau tak payah nangis sangatlah. Kau kan bawa aku dalam hati kau”
“Mulut manis! Dasar playboy!
“Bye Jules. Take care”
“Bye playboy. Gonna miss you”