1.
Perlu balik ke
Malaysia. Kemas barang dan perjalanan baru akan bermula. Sudah merayu
nampaknya tak ada tanda positif. Memang sudah rasmi saya kalah pada lelaki itu.
Saya sudah puas
menangis. Kadang-kadang mata saya tetap bergenang juga bila teringat tentang awak tapi diri perlu kuat. Untuk apa saya menagih pada orang yang tak sudi. Awak sudah mula jauhkan diri sedikit demi sedikit. Sudah tak lagi bahasakan dirinya
seperti selalu.
Saya perlu akur
pada takdir...
2.
Memanglah di
mulut saya kata tak mahu tapi di hati saya rasa amat berat untuk lepaskan awak.
Saya masih menyimpan sedikit harap. Sisa-sisa harapan yang terakhir. Ocio kata
saya perlu belajar terima ketentuan Illahi dan jauhkan diri dari sifat suka
menyalahkan takdir.
Untuk berbelas
tahun saya pandang awak dari jauh, mencintai awak dari jauh. Selepas ini, bila
awak jadi milik orang lain saya tak lagi boleh sayang awak dari jauh. Awak
sememangnya begitu mahal pada saya. Memang tertulis sejak azali kita sampai di
sini.
Hari-hari
terindah akan saya simpan baik-baik dalam hati.
3.
Bulan Ramadhan akan bermula tak lama lagi. Saya perlu selesaikan urusan pengagihan buku yang
begitu banyak (satu kontena buku tentulah banyak). Pusat Komuniti di Sabah dan
Sarawak akan di buka tak lama lagi.
Pusat Komuniti
di Ipoh akan di serahkan kepada orang lain untuk di tadbir urus buat sementara
waktu (atau mungkin selamanya). Sekali-sekala saya pasti balik untuk menjenguk
Rumah Pokok yang membahagiakan.
Semua cerita
cinta kita tamat di sini.
4.
Saya akan ke
Perancis untuk menjalani rawatan di sana. Saya mungkin tak dapat bangun dan
berjalan seperti dulu. Tapi saya mahukan satu kehidupan baru. Kalau saya mampu
bertahan hingga saat ini bermakna saya mampu bangun dan mulakan hidup baru.
Untuk awak,
terimalah lamaran dia. Tuah tak datang selalu. Kebahagian awak ada bersama
dia barangkali. Saya tak dapat penuhi impian awak. Saya ambil jalan mudah. Saya
tak mahu awak serabut. Terima dia dan tinggalkan saya.
Demi kasih dan
segala cinta, saya rela asalkan awak bahagia. Saya tak mahu membenci awak bila
awak tak mahu angkat panggilan saya, balas mesej-mesej saya. Saya tak mahu
benci awak. Saya cemburu dengan dia kerana dapat merebut hati dan fikiran
awak dalam masa dua hari saja.
5.
Pengorbanan kali
ini biarlah saya yang buat. Saya tak mahu pentingkan diri. Awak seolah-olah
menyampah dengan saya. Kalau saya terus berharap saya akan lebih sedih. Dulu
awak minta supaya saya kekal dengan awak, tak tinggalkan awak biar apa pun
terjadi. Saya masih di sini dan awak seolah-olah tak mahukan saya lagi.
Beberapa hari
sebelum awak jatuh cinta pada dia, banyak kata manis yang awak berikan
pada saya. Berulang-ulang kali saya baca dan saya rasa semakin tak percaya ini
yang terjadi. Saya tak mahu kata setiap bait manis yang awak nukilkan semua
bohong belaka. Saya percaya apa yang awak ucap dan nukilkan. Semuanya indah
belaka.
Mungkin itu juga
takdir. Hari ini awak ucap kata cinta dan esoknya awak jatuh cinta. Kita boleh jatuh
cinta pada bila-bila masa. Saya tak pasti sama ada awak jatuh cinta atau itu cuma
crushing atau
perasaan-yang-singgah-sebentar. Sejujurnya, saya terlebih dahulu merasai hal
ini dengan seseorang. Saya kagum dengan daya intelektualnya. Dua kali berbalas
e-mel sudah buat saya terpaut hati padanya. Saya rasa kami ada keserasian.
6.
Tapi saya
abaikan saja perasaan itu. Saya anggap perasaan itu hanya singgah sebentar. Dia
sebaya denga awak dan kini sedang mengikuti kursus Doktor Falsafah. Saya amat
tertarik dengan daya keintelektualannya dan kami berbalas e-mel tentang
pelbagai perkara. Minat kami sama.
Perasaan itu
hanya singgah sebentar dan kemudian hilang begitu sahaja kerana saya tahu dan yakin
dengan siapa saya mahu hidup bersama. Saya tahu apa yang saya rasa terhadap
dia. Awak sendiri belum pasti perasaan awak pada dia.
Saya pernah
mengalami perasaan ini sebelum awak dan saya faham. Perasaan saya terhadap dia
tidaklah sampai menganggu fikiran saya. Tidak hingga terjejas hubungan kita.
Tidak hingga saya serabut dan biarkan awak begitu saja.
7.
Kalau dulu saya
beritahu awak tentang ini tentu hati awak akan hancur berderai. Saya tak jatuh
cinta pada dirinya. Saya jatuh cinta pada daya keintelektualannya. Saya kagum
dengan ilmu yang ada padanya. Tak sampai sejam saya memikirkan perasaan saya
pada dia. Lama-kelamaan hilang begitu saja.
Sudah agak lama
saya tidak berbalas e-mel dengannya dan saya tak rasa rindu atau fikiran saya
serabut. Dengan awak, ya, fikiran saya berserabut. Saya mahu antara kita ada
kata putus dan hal ini segera selesai.
8.