1.
Umar cuba pujuk
Adam dengan membuat kek coklat. Mula-mula Adam tak mahu turun. Adam lari bila
nampak Umar. Tapi akhirnya Adam turun juga makan kek coklat. Adam kata “Sedap tapi
hangus”. Dan semua orang gelak. Umar tak akrab dengan dapur. Umar tak minat
masak. Adam suka masak. Selalu menyelit bila Huda ke dapur. Selain main tepung
dan kacau Huda, Adam suka tidur di bawah meja makan atau dalam kabinet.
Selepas makan
kek coklat Umar ajak Adam lepak di balkoni sambil tengok hujan. Adam suka
tengok hujan. Tengok hujan sambil minum coklat panas sangat membahagiakan buat
Adam. Umar minum kopi o’ di cicah biskut. Dan mereka dengar lagu klasik yang di
mainkan melalui piring hitam. Tak dengar pula mereka bercakap. Masing-masing
cuma diam dan memerhati hujan. Sebenarnya hubungan mereka belum pulih
sepenuhnya.
2.
Malam tadi
gantung bendera. Rumah Bob pun Adam letak bendera. Bob sudah tinggal di sini
bersama isteri dan dua ekor anaknya (yang belum di beri nama). Adam kata Bob
tak ada tempat tinggal. Kawasan Bob tinggal telah di musnah untuk di bina perumahan. Saya pun tak pasti bagaimana Bob berinteraksi dengan Adam atau
Adam memahami bahasa Bob atau seperti kanak-kanak lain Adam berimaginasi Bob
bercakap-cakap dengannya.
Pak Mad sudah
siapkan rumah Bob. Tapi nampaknya Bob lebih suka “ambil angin” di luar. Bila
Bob ada, Adam lebih suka habiskan masa dengan Bob. Semalam, Bob juga makan kek
coklat yang di masak Umar. Rasanya hampir semua makanan, Adam akan kongsikan
dengan Bob (isteri & anak-anak Bob belum biasa makan makanan yang Adam
makan). Minggu lepas Bob makan nasi lemak dan aiskrim. Harap-harap Bob tak makan
kucing jiran sebelah rumah.
3.
Umar dapat empat
ekor anak kucing yang comel. Umar membebel panjang selepas balik dari Krabi
sebab Rosabella beranak lagi. Umar cakap dia tak nak jual anak kucing yang
comel ini. Katanya nak bela. Tapi kalau ada orang nak beli dengan harga yang
mahal – Umar akan jual. Baru-baru ini Umar dapat komisyen. Dia jual kereta
Proton Perdana dan dapat komisyen sebanyak RM 3000. Seribu ringgit telah di gunakan untuk beli
makanan dan mandian kucing.
Anak-beranak
Gimbo pun dah banyak. Tak lama lagi boleh jual. Malam tadi, selepas pasang
bendera kononnya hendak menonton dokumentari tentang Darurat tapi tak jadi.
Anak-anak kucing masuk dalam rumah sebab sejuk (malam tadi hujan lebat). Bob pun
masuk juga. Umar lepaskan Gimbo. Gimbo takut nak “berkawan” dengan anak-anak
kucing dan Bob. Gimbo asyik menyorok. Agaknya sebab takut dengan Bob.
Dah ada “semua”
siapa lagi nak menonton dokumentari. Akhirnya menonton kartun. Adam tak
menonton. Dia asyik tengok anak-anak kucing.