1.
Kita tak sempat
berkenalan dengan lebih lama. Kita tak sempat berborak. Berita ini amat
menyedihkan. Berita yang tak pernah di duga.
Saya di beritahu
nama remaja ini Amar. Mendapat mesej melalui rakan baiknya petang tadi tentang
Amar yang bunuh diri akibat kekecewaan selepas hubungan putus di tengah jalan.
Saya sendiri tak pasti siapa yang hantar mesej. Saya sendiri tak tahu nama
remaja yang bunuh diri ini Amar.
Amar dan
kawan-kawannya antara remaja yang selalu berada di pusat komuniti untuk bermain PS3. Saya kenal muka mereka walaupun
masih tak ingat nama.
2.
Saya di
maklumkan bahawa keluarga Amar tak mahu datang melawat Amar ketika dia sedang
kritikal. Ketika saya sampai di hospital Amar sedang di rawat. Doktor kata
peluangnya cuma 50-50. Dia minum racun. Saya cuba menelefon keluarga Amar tapi
ibu bapanya tak mahu ambil tahu.
“Kalau mati,
tanam.”
Kekasih Amar
juga datang. Ramai yang datang. Hampir semuanya remaja pusat komuniti. Sama-sama
berdoa mengharapkan Amar pulih.
Tapi, Tuhan lebih
sayangkan Amar...
3.
Tiba-tiba, saya
rasa saya menjadi “seseorang” buat remaja-remaja ini. Mungkin saya seorang ayah
buat mereka atau penjaga. Mereka mencari saya terlebih dahulu sebelum mencari
orang lain. Tanggungjawab menjadi berat. Mereka tak ada tempat untuk berpaut.
Kalau ibu bapa
Amar tak menuntut mayatnya, sayalah yang perlu uruskan pengebumian.
4.
Bunuh diri bukan
perkara mudah. Biasanya manusia bunuh diri bila di landa kemurungan yang
kritikal. Saya tahu kerana saya pernah mengalaminya – pernah cuba membunuh diri
sebanyak dua kali. Kemurungan dan PTSD yang saya tanggung bertahun-tahun.
Khabarnya Amar
putus cinta pagi tadi. Jam 4 petang kawannya menjumpai Amar terlantar di
belakang bangunan. Di tangannya ada botol racun. Ketika itu dia masih bernyawa.
Saya salah.
Kalau bukan di sebabkan kemurungan (yang bertahun-tahun) pun manusia mampu
mencipta seribu alasan untuk menamatkan riwayat sendiri.
5.
Untuk Amar, semoga
tenang di sana.