Menurut Profesor Wan Mohd Nor Wan Daud, “Hakikat sebenar akan tahap kesejahteraan dan kebahagiaan adalah bersifat peribadi. Kebahagiaan hakiki adalah pengalaman rohani yang berteraskan keyakinan terhadap hakikat semesta dan kehidupan yang memancarkan akhlak dan adab yang baik”. Kebahagiaan dan kegembiraan merupakan kunci kepada kesejahteraan hidup seseorang baik secara jasmani mahupun rohani. Oleh kerana itu, telah banyak negara maju mengubah hala tuju dasar negara mereka ke arah negara yang lebih sejahtera. Sebuah badan pemerintah yang baik harus memastikan rakyat yang berada di bawah tanggungjawabnya hidup harmoni, sejahtera dan bahagia.
Seiringan dengan itu, badan pemerintah harus melihat kesejahteraan rakyat sebagai salah satu kriteria penting untuk mengubal dasar negara. Mantan Perdana Menteri dan bekas ketua pembangkang, David Cameron meletakkan kebahagiaan sebagai agenda politik utama. Menurut beliau “It’s time we admitted that there is more to life than money, and it’s time we focus not just on GDP, but GWB - General Well Being” . Menurut A Map of Global Happiness 2006, Malaysia berada pada kedudukan ke 17. Pada tahun 2018, Malaysia berada pada tangga ke 34. Negara yang mempunyai rakyat yang paling bahagia, sejahtera dan gembira adalah Finland yang berada pada kedudukan pertama.
Hari ini, pertama kali saya menunaikan solat sunat Isyraq di masjid. Usai solat saya menelaah surah Ar-Rahman. Membaca surah Ar-Rahman sangat mengetarkan dada. Subuh ini, saya merenung jauh ke dalam diri saya, kehidupan yang saya lalui serta ujian dan rintangan yang tak habis-habis perlu saya tempuhi. Surah Ar-Rahman melantunkan pertanyaan “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (Surah Ar-Rahman: 13) sebanyak 31 kali. Sedikit sebanyak, air mata saya bergenang. Benar, kadang-kadang saya tidak bersyukur. Mendapat banyak wang tetap tidak memberi kepuasan kepada saya. Saya selalu mahukan lebih. Ia adalah sifat semula jadi manusia.
Tuhan memberikan saya banyak nikmat, kehidupan yang seribu kali lebih baik dari orang lain - tetap juga saya berasa kurang. Tuhan memberi banyak nikmat, tetap juga saya memandang satu nikmat yang di tarik Tuhan. Tuhan memberi segala-galanya, tetap juga saya berasa tidak cukup. Saya adalah hamba yang tidak bersyukur, mungkin tidak pernah bersyukur. Saya selalu merasakan segala kemewahan yang saya genggam sekarang ini adalah hasil usaha keras saya sendiri tanpa menginsafi semua ini adalah pemberian Tuhan buat saya. Every test is a blessing, every blessing is a test. Hidup saya banyak berubah setelah kehilangan orang yang paling saya cintai. Segala-galanya berubah.
Saya sangat terseksa dengan kehilangan itu. Perpisahan yang sangat memedihkan. Lukanya tidak pernah hilang. Agaknya, Tuhan telah memalingkan hatinya dari terus mencintai saya. Kun fa ya kun - dalam sekelip mata semuanya berubah. Saya barangkali terlupa bahawa Tuhanlah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Perpisahan meragut hampir keseluruhan hidup saya. Di tinggalkan sepi. Kehidupan menjadi gelap-gelita dalam sekelip mata. Dalam perpisahan itu, saya kembali mencari diri. Saya menemui banyak perkara baru, walaupun tak serupa, tetap juga bahagia dengan jalan berbeza. Tuhan mengajar saya bahawa bukan saya yang mengatur segala-galanya. Tuhanlah yang mengawal kehidupan kita.
Rahmat yang paling agung adalah Nurhara, isteri yang mendamaikan, penasihat yang baik, ketenangan yang sukar di gambarkan. Benarlah kata arwah Ummi, Tuhan tidak pernah tersalah memilih jodoh buat kita. Aturan Tuhan tidak pernah salah cuma kita sahaja yang enggan percaya akan perancangan yang telah di aturkan Tuhan buat kita. Saya selalu berazam menjadi suami yang baik buat Hara seperti yang di pesan dalam hadis riwayat at-Tirmidzi (11/315, no 1172) “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya”. Harapnya Tuhan menuntun saya menjadi seorang suami yang baik untuk Nurhara.