Agaknya H, cinta kita bergerak perlahan sahaja, benar-benar perlahan. Satu langkah demi satu langkah. Kita tak berbual panjang di telefon. Kita juga tak berbalas pesanan ringkas hingga berjam-jam lamanya. Paling lama kita berSMS setakat ini cuma 10 minit. Kita barangkali masih memberi peluang pada diri untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru, pertalian baru, kepercayaan baru dan cinta yang baru. Kita adalah insan yang terselamat dari lohong hitam akibat cinta. Kita adalah manusia yang mahu terus melangkah membina impian kecil di dunia ini. Kata orang “Leave the past behind. It's time to move on to bigger and better things”.
Saya tahu H masih enggan membuka terlalu banyak ruang untuk saya. Saya tahu H takut terluka lagi. Saya pun begitu. Saya sendiri masih berjaga-jaga agar tidak terluka dan melukai orang lain. Keengganan kita membuka ruang mungkin sahaja kerana masanya belum sesuai atau mungkin saja kerana kita rasa, mimpi yang buruk itu harus saja kita lupakan - tak mahu berkongsi, enggan berbagi. Setiap dari kita punya penyesalan tertentu. Setiap dari kita ingin menebus sesuatu dari masa lepas. Setiap dari kita mahu menulis semula masa silamnya tapi masa silam tidak dapat di tulis semula. You can’t rewrite the past.
“Good morning Imran”
“Good morning, Lavender”
Saya tak sangka pagi ini saya terima SMS dari awak. Saya tahu tentulah agak lama selepas kita kenal barulah awak akan hantar SMS pada saya. Saya silap. Pagi ini saya terima pesanan dari awak. Walaupun ia kecil, sekecil “Good morning”, saya tetap sukakannya. Ia buat hati saya girang. Hari Selasa, seperti hari-hari yang lepas, saya ke Kino berharap berjumpa awak, melihat redup mata awak sungguh membahagiakan apatah lagi jika terlihat senyuman manis yang terukir di bibir. Saya balik ke rumah dengan perasaan yang sukar di ungkap. Hari ini saya tidak ke Kino, awak juga tidak ke sana. Ah! Saya sudah mula rindukan pertemuan kita di kedai buku itu.
Langsung saya ke kedai bunga yang berhampiran. Menempah sejambak bunga ros buat awak. Bersama bunga, saya tuliskan serangkap pantun di kad.
Saya pilih ros kerana antara banyak bunga yang ada di dunia ini, bunga itu yang memikat hati sejak dulu lagi. Kemudian, saya menggilai orkid, kerana saya pernah jatuh hati pada Perempuan Orkid. Cinta mudah buat kita jatuh hati pada perkara-perkara yang tidak di sangka. Baik ros mahupun orkid, setiap bunga mempunyai warna, bau dan rupanya yang tersendiri. Silap kita adalah suka membandingkannya. Perempuan sama seperti bunga, ia mekar dengan caranya yang tersendiri dan tidak boleh di banding-bandingkan. Kata Miranda Kerr “A rose can never be a sunflower, and a sunflower can never be a rose. All flowers are beautiful in their own way, and that's like women too”.
Seri Rama raja di tasik,
Pandai tenun panca ratna;
Bagaimana hati tak kasih,
Baru berjumpa bijak laksana.
Saya pilih ros kerana antara banyak bunga yang ada di dunia ini, bunga itu yang memikat hati sejak dulu lagi. Kemudian, saya menggilai orkid, kerana saya pernah jatuh hati pada Perempuan Orkid. Cinta mudah buat kita jatuh hati pada perkara-perkara yang tidak di sangka. Baik ros mahupun orkid, setiap bunga mempunyai warna, bau dan rupanya yang tersendiri. Silap kita adalah suka membandingkannya. Perempuan sama seperti bunga, ia mekar dengan caranya yang tersendiri dan tidak boleh di banding-bandingkan. Kata Miranda Kerr “A rose can never be a sunflower, and a sunflower can never be a rose. All flowers are beautiful in their own way, and that's like women too”.
Saya tak mahu terlalu gelojoh menetapkan tarikh perkahwinan kita. Saya malah belum memikirkan tarikh yang sesuai. Kita juga setakat ini belum lagi berbual tentang kediaman yang akan kita duduki setelah berkahwin nanti. Saya bercadang ingin berpindah ke Mon’t Kiara tahun depan tapi nampaknya suasana di Bukit Tunku masih nyaman dan penuh nostalgia. Saya juga tahu H sudah beli rumah di Damansara Heights. Kita tak punya masalah tentang kediaman kerana saya flexible orangnya. Saya boleh tinggal di mana-mana sahaja dari utara hinggalah ke selatan asalkan bersama awak. Home is wherever I'm with you.