Perempuan di lahirkan sebagai pelengkap lelaki. Dalam Kitab al-Siyasah karangan Ibnu Sina, beliau telah menggariskan beberapa ciri isteri yang baik. Antara ciri-ciri tersebut ialah bijak, beragama, cerdik, pengasih, subur, tidak suka bercakap banyak, bekerjasama, penasihat yang baik, jujur, boleh dipercayai, sedia berkhidmat untuk suami, cekap mengurus harta suami dan sentiasa suka menyenangkan hati suami.
Lelaki dan perempuan sampai bila-bila pun tak akan terpisah. Kita adalah bukti kewujudan Tuhan. Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan supaya kita berasa tenang, damai dan lengkap. Kekosongan di antara kita di isikan dengan al-Mahabbah. Al-Mahabbahlah yang akan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Malah, al-Mahabbah yang membentuk kita secara tidak sedar. Sedikit-sebanyak tingkah laku kita di pengaruhi oleh kecintaan kita terhadap sesuatu/seseorang.
Cinta akan mengikat kita sampai bila-bila tak kiralah apa yang berlaku. Cinta datang dalam pelbagai bentuk. Hadir memberi seribu rasa. Cinta boleh tinggalkan kita dengan pelbagai cara - kadang-kala secara kita sedar, kadang-kadang secara kita tidak sedar. Antara cinta di ikat dengan kepercayaan. Cinta tanpa kepercayaan tidak akan hidup subur. Cinta yang penuh syak dan ragu-ragu akan mati di tengah jalan. Suburnya cinta datang bersama kepercayaan. Kepercayaan adalah sesuatu yang mahal.
Setelah cinta subur dengan kepercayaan dan rasa yang mendalam, kesetiaanlah yang menentukan segala-galanya. Kadang-kala kita tewas hanya pada satu renungan mata. Kadang-kala kita tewas dengan satu sentuhan lantas kita mengkhianati mahabbah yang sekian lama kita bina. Kita pupuk cinta sebaik mungkin namun masih tetap rapuh di hempas pelbagai godaan dan dugaan. Cinta yang utuh tidak berganjak dari halangan dan dugaan. Ia kukuh dan kalis cabaran.
Cinta, atas definisi apa pun tetap sukar di tafsirkan. Sesungguhnya cinta adalah suatu perasaan yang paling dalam, yang paling sukar di teroka. Cinta, atas apa pun alasan amat sukar di padam dan di lupakan. Cinta boleh jadi segala-gala yang kita sayang, boleh jadi segala-galanya buat kita. Sekelumit rasa benci tak dapat memadam api cinta. Kadang-kadang kita hanya mencari alasan untuk membenci supaya rasa cinta semakin kurang. Cubalah, kita tak akan berjaya. Cinta tak dapat di padam dengan benci.
_ _ _
Kali terakhir kita berhubung pada 25 Julai tahun lalu. Sungguhpun ia sebuah catatan pedih, penuh luka dan duri - abang masih menyimpannya. Hari ini, hampir sembilan bulan abang tak dapat apa-apa berita dari awak. Rindu itu tak dapat di sembunyikan lagi.
“...waktu hanyalah angka, seperti juga usia. Kenangan, seperti kau juga tahu, akan selalu bermuara pada pada rindu. Katakan kau tak pernah lantang berseru pada semesta...” - R.A Budhiarti
_ _ _
Selamat Hari Lahir, sayang. Tak ada ucapan manis kecuali petikan dari seorang ahli falsafah:-
“Nikmati duniamu dan bersyukurlah atas apa yang terjadi padamu. Tuhan selalu punya rencana indah di luar inginmu. Dan Tuhan selalu punya cara terbaik untuk membahagiakanmu”.
Toledo, Spain
12.30am