Semalam rasa marah. Hari ini rasa rindu.
Pagi nanti akan balik Paris. Jadual radiation therapy minggu ini. Walaupun masa tak sesuai untuk terbang ke Paris dengan segala macam konstroversi yang melanda, abang tetap kena balik juga ke sana. Rawatan belum selesai.
Tak tahulah dapat buat radiation therapy atau tak. Demam. Semalam duduk lama-lama dalam hujan lebat. Abang makan ubat tapi demam belum kebah. Semalam abang temankan Adam. Dia sedih. Bob dan keluarganya hilang. Mungkin waktu banjir tempoh hari Bob bawa ahli keluarganya pindah ke tempat lain.
Umar pun sedih juga. Dua ekor kucing kesayangan dia mati. Sepanjang hari dua beradik duduk termenung. Adam tak nak makan sebab rindukan Bob. Umar menangis. Menangis dalam diam. Sebelum ini dua ekor kucing kelihatan sihat dan cergas. Tiba-tiba saja mati. Abang teringat Stokin. Dia sudah balik ke rumah?
Anak-anak tak mahu pergi sekolah. Umar kata pergi sekolah tak boleh buat dia jadi kaya. Kemungkinan setiap kali abang travel untuk kerja, anak-anak akan ikut sekali. Kalau tinggal tak ada orang jaga. Lagipun Makcik Siti sudah tua. Kasihan juga nak benarkan makcik jaga anak-anak.
Tahun ini mungkin abang tak selalu balik Malaysia. Abang ada 3 projek yang agak besar untuk di uruskan. Satu di Dubai, satu di Vietnam dan satu dia US. Abang akan selalu berulang-alik ke tiga negara ini. Kalau ikut perancangan awal begitulah. Tapi tak tahulah kalau di kemudian hari rancangan berubah. Tahu sajalah keadaan ekonomi sekarang.
Kerja okey? Abang tak tahu awak masuk posting apa sekarang. Awak ada beritahu abang dulu tapi abang sudah lupa. Jaga ibu ayah baik-baik. Jaga diri baik-baik. Siapa tahu hujung tahun ini awak akan jadi milik orang. Moga-moga segalanya bejalan lancar.
Doa dari jauh.
You’re the one who broke my heart,
You’re the reason my world fell apart,
You’re the one who made me cry, yet
I’m still in love with you,
and I don’t know why.