Aku harap kau pandai menjaga
diri. Maklumlah, status baru yang kau
pegang menjadikan kau sentiasa dalam perhatian. Jaga maruah, jaga diri, jaga
peribadi. Kadang-kadang diam lebih baik. Manusia di sekelilingi kita
kadang-kadang tidak faham apa yang kita rasa dan mereka mungkin saja tidak
boleh terima apa yang berlaku. Ada
banyak pihak yang mahu menjatuhkan kau. Ketika kita jatuh, musuh akan
tersenyum. Aku harap kau tak lemah semangat. Kau perempuan berhati waja.
Kita dipertemukan ketika kau dan
aku melalui fasa-fasa yang sukar dalam hidup – tekanan dan kesakitan. Di mata
aku, kau perempuan yang aku sukar gambarkan dengan kata-kata - kerana aku mengagumi kau. Semoga kau beroleh
bahagia. Kau anak ayah. Jadilah kuat seperti ayah kau - di rempuh badai tidak
rebah.
“Hidup ini memanglah pencarian diri yang kompleks, yang tersingkap oleh rentetan-rentetan kegawatan, kasih sayang dan kemanusiaan” - Baharuddin Kahar
Semoga kau tabah.
_ _ _ _
Umar kata dia pernah nampak kau
di TV. Aku diamkan saja.
_ _ _ _
Kau masih cantik seperti dulu. Dengan status baru, tentulah akan jadi perhatian dan rebutan. Jaga diri. Hindar gosip liar.