Friday, July 25, 2014

Paris: Catatan Pendek

Kita masih di Paris melewati musim panas dengan siang yang panjang. Cuma Kakak yang puasa penuh. Umar puasa separuh hari. Puasa di musim panas kadang-kadang hingga 16 jam. Matahari terbenam sekitar jam 9.45 petang (malam). Puasa di tempat orang tak sama seperti puasa di tempat sendiri. Seperti kata Umar, ukhwah yang ada di sini dan di Malaysia tidak sama. Di sini lebih terasa Islamnya, lebih terasa persaudaraan.

Solat terawih di Qrande Mosquee de Paris setiap malam. Sebelum balik ke cottage, sengaja melatari lorong-lorong sekitar Paris. Berbanding dahulu, jumlah gelandangan di Paris semakin meningkat. Kota ii menyantuni pengemis dan gelandangan dengan baik. Polis hanya meronda di lorong-lorong untuk memastikan keadaan jenayah terkawal tanpa menghalau pengemis yang meminta sedekah di sepanjang lorong. J'ai faim (Saya lapar) adalah perkataan yang di tulis di card board oleh gelandangan bagi meraih simpati orang ramai.

Ku Nan harus mempelajari sesuatu dari Paris. Cara mereka menyantuni gelandangan amat berbeza dengan cara Ku Nan. Jika Ku Nan ingin membebaskan Kuala Lumpur dari pengemis, Ku Nan harus mempunyai pelan afirmatif jangka panjang. Pelan ini harus di jalankan dengan bersungguh-sungguh. Gelandangan harus di bantu untuk terus hidup. Gelandangan di Paris kebanyakannya bukan warga negara Perancis. Mereka datang dari negara-negara jiran yang kesempitan hidup dan mahu mencari sinar baru.

Beberapa kali Umar merengek ingin balik ke Ipoh. Umar hendak berniaga  bazar seperti tahun-tahun sebelum ini. Umar ingin mencari dana untuk tujuan amal. Tambahan pula Gaza kembali di serang. Remaja di Pusat Komuniti beritahu mereka berniaga bazar untuk mengumpul dana tapi sambutan bazar pada tahun ini tidak semeriah dulu. Mereka rugi dengan banyak dan hasrat untuk membantu golongan yang memerlukan tidak kesampaian. Sungguhpun gagal, sekurang-kurangnya mereka sudah berusaha.