Wednesday, November 20, 2013

1:51am

Masih di wad. 

Selesai baca 15 halaman. Mengambil masa 3 jam. Membaca dengan satu mata yang kabur-kabur. Sebelah mata sudah tidak berfungsi atau bahasa ringkasnya sudah buta.

***

Selamat pulang Huda, Umar & Adam. Dua bulan di tempat orang. Harap bawa pulang ilmu dan teladan.

Nota Gila

Kita berhujan, berpanas, bersalji ke merata tempat. Kau memang setia dengan aku. Atau lebih mudah, aku yang setia pada kau. Setiap kali kau di timpa kecelakaan, aku susah hati. Sebenarnya kau bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku tapi entah - aku rasa kau amat penting dalam hidup aku. 

Aku kenal kau awal setahun sebelum aku jatuh cinta dengan Perempuan Dalam Hati. Perempuan Dalam Hati selalu kata aku sayang kau lebih dari dia. Kadang-kadang aku rasa dia merajuk bila aku lebih tumpukan  kau berbanding dia terutama bila kau di timpa masalah.

Engkau yang bukan sesiapa bisa buat aku moody berhari-hari. Ini hubungan yang aneh. Aku sayangkan kau. Tolonglah jadi okey. Pagi tadi doktor tegur. Doktor tanya kenapa mata aku basah. Aku tak jawab apa-apa. Nanti doktor cakap aku gila.

Apa-apa pun, tolonglah jangan ucap selamat tinggal. Sungguhpun kau cuma tinggal kepingan - aku masih setia dan tak mahu lepaskan kau pergi. Kalaulah nurse tak jatuhkan kau siang tadi. Mujur kau masih berfungsi.

Kau cuma laptop. Tapi aku sayang kau segila ini. Terima kasih kerana banyak berbakti pada aku. Aku akan cuba cari barang-barang badan kau supaya hidup kau sempurna seperti biasa. 

Ketika aku menaip ini - mata aku masih basah. Sungguh, kau amat istimewa buat aku. Ini memang nota gila tapi biarlah.

Sunday, November 17, 2013

Nota 0.01

Tak tahu berapa banyak masa yang tinggal.

Saturday, November 16, 2013

1:26am

Hampir seminggu masuk wad.  Tiga hari di ICU.
Nak balik rumah. Wad tak best. 



Columbia Hospital 
13 Muharam 

Thursday, November 07, 2013

Sentiasa dalam Hati



1.

Kasih sayang saya pada awak tak mungkin terhapus  atas sebab-sebab yang kecil. Saya tak akan tinggalkan awak. Saya tak sanggup hidup tanpa awak. Saya tak ada apa-apa sebab untuk pergi jauh dari awak. 

Sungguhpun saya marah dan kecil hati. Marah dan kecil hati saya cuma sekejab. Saya tak suka  perkara panjangkan hal remeh. Saya tak mahu kasih sayang antara kita musnah sebab perkara-perkara sebesar semut. 

Jangan pergi mana-mana. Saya harap sampai bila-bila pun awak ada dengan saya. Kalau awak pergi, saya akan bertambah sakit. Sakit hati perkara biasa sebab kita tak pernah sempurna. Awak, jangan tinggalkan saya.


2.

Saya perlukan awak dalam hidup saya. Saya tak ada kawan karib kecuali awak. Saya tak ada kawan nak bergaduh kecuali awak. Saya tak ada kawan lawan berdebat kecuali awak. Semua pun awak dari mula saya buka mata sampailah saya tutup mata. Kalau awak tak ada, saya macam mana? Kalau saya tak ada, awak macam mana?

Awak sangat manja dengan saya. Semua kawan-kawan awak kata awak garang. Tak seorang pun tahu awak manja kecuali saya. Awak amat istimewa dalam hidup saya. Hampir seluruh hidup saya tentang awak. 

Saya cuba jadi kuat untuk diri sendiri. Saya nak jaga awak sampai bila-bila. Awak pendorong paling utama dalam hidup saya. Awak beri saya motivasi untuk tak putus harap. Awak kata harapan adalah satu-satunya perkara yang kita ada. Selagi ada harapan kita akan terus melangkah.


3.

Saya sayang awak. Tolong jangan pergi dari hidup saya. Saya perlukan awak. Paling penting, cinta yang ada dalam hati saya cuma untuk awak sejak berbelas tahun yang dulu.

Kalau guruh nanti, awak nak peluk siapa kalau awak tinggalkan saya?

Wednesday, November 06, 2013

Treehouse



1.

Ada seorang lagi bayi di jumpai di Pusat Komuniti. Bayi perempuan. Sudah bawa ke hospital. Pihak hospital kata bayi ini sihat. Esok perlu serahkan kepada Badan Kebajikan Masyarakat. Kasihan bayi ini. Belum sempat kenal dunia sudah di buang di tepi tong sampah. 

Mujur juga buang di Pusat Komuniti dari di buang di tandas/longkang/tepi jalan. Anak-anak yang di buang ini tak lama hidup keseorangan. Lambat atau cepat pasti ada keluarga yang ingin mengambil mereka sebagai anak angkat.


2.

Beli kebun buah-buahan dan sudah letakkan kabin di sana. Kabin berhampiran sungai. Bila malam dengar bunyi arus air. Sejuk. Sekarang musim buah-buahan. Hujung minggu akan habiskan masa di sana lagi. Bercadang ingin bina sebuah treehouse. Pasti cantik sebuah treehouse dalam kebun buah-buahan. 

Suasana tenang. Sesuai habiskan masa dengan membaca, mencatat dan menulis. Kebun buah-buahan tidak begitu luas. Hanya 1 ekar setengah. Paling banyak pokok durian. Ada juga mempelam harum manis, ciku, manggis, dan berbagai buah lagi. Bercadang untuk tanam pokok limau bali.


3.

Akan bawa barang-barang perhiasan lama dan klasik bila treehouse siap nanti. Barang paling lama dalam simpanan ialah kereta mainan. Di beli ketika berumur  3 tahun. Sekarang di simpan oleh Adam dalam biliknya. Adam tak bawa pergi mana-mana. Dia simpan dalam almari kecil. 

Banyak juga barang-barang klasik di rumah. Umar kata macam muzium.


4.

Wah! Jadi Ketua Houseman sekarang. Tahniah sayang!

Tuesday, November 05, 2013

0:00am



Persoalan tidur selalu menjadi isu antara kita. Sebenarnya saya. Sepatutnya saya tak perlu marah dan stress sebab saya tahu awak akan tidur awal. Dari zaman belajar sampai sekarang awak akan tidaur sebelum 1 pagi. Tapi tak tahulah kenapa isu tidur awal masih lagi jadi isu antara kita. Bukan kita tapi saya.  

Saya cuba faham dan terima yang awak perlu tidur awal. Tapi saya tak boleh. Kadang-kadang saya tak kisah. Kadang-kadang saya terlampau kisah. Boleh tak ajar saya supaya saya jadi tak kisah awak tidur awal? 

Mungkin saya yang perlu berubah – belajar tidur awal. Kalau saya tidur jam 12, saya akan terjaga jam 3 pagi. Saya memang tak biasa tidur malam. Sejak sakit, mula-mula saya kisah dengan waktu tidur – sebab saya tak dapat lagi menikmati waktu tidur akibat sakit kepala di tengah malam. Tapi sekarang saya tak kisah lagi sebab saya jarang dapat tidur.

Apa yang perlu saya buat supaya saya tak kisah awak tidur awal? 




Hospital Pantai
1 Muharam

Sunday, November 03, 2013

4.13am

Pissed off.

Friday, November 01, 2013

Rindu



1.

Sejak awak kerja syif pagi hampir setiap malam awak tidur awal. Setiap malam juga awak tak dapat tidur lena kerana mimpi yang bukan-bukan. Saya tak marah awak tidur awal. Saya tak ada rasa apa-apa sangat kecuali sunyi. Mungkin sebab sejak dua minggu lepas rumah sunyi tanpa anak-anak. Saya tak dapat buat banyak aktiviti sebab sakit kepala.

Habiskan masa dengan balut buku. Untuk balut satu buku ambil masa sejam. Banyak buku yang rosak. Kena baiki satu persatu. Nampaknya masih ramai manusia yang gagal mencintai dan menghormati buku. Agaknya sebab ramai orang sudah selesa dengan gajet jadi buku semakin kurang di sayangi.


2.

Kucing yang di simbah minyak panas sudah semakin pulih. Kejadian kali empat. Sudah empat ekor kucing menjadi mangsa kekejaman jiran. Kucing ini Umar jumpa di lorong kedai. Kedua-dua matanya buta. Kerana kasihan Umar bawanya pulang ke rumah. Masih kecil dan kurus kering. Semoga kucing-kucing di luar sana selalu mendapat ihsan dari manusia berhati mulia. Selalu nampak kucing kena sepak, kena pukul dengan objek keras. Nilai kemanusia semakin pudar dalam hati manusia.

Ada 8 ekor kucing di rumah, 2 ekor kura-kura, dan berpuluh ekor hamster di rumah. Sebelum ini ada 4 ekor ular sawa di rumah tapi sudah di pindahkan ke kebun Huda.


3.

Pusat Komuniti masih di buka seperti biasa. Buat masa sekarang menjadi tumpuan pelajar SPM untuk mengulang kaji pelajaran. Di buka dari pagi hingga jam 11.30 malam. Minta Don kawal pintu masuk selepas jam 9 malam. Perlu periksa beg, poket seluar & kasut sebelum masuk. Ada yang cuba seludup rokok dan gam . Don tak benarkan  mereka masuk. Atas nasihat rusuk kiri, semua bilik yang tidak di gunakan telah di kunci dan 30 minit sebelum balik setiap pelajar harus bersihkan tempat masing-masing.

Esok pagi seperti biasa ada kelas untuk ajar kanak-kanak membaca. Haziq tak datang lagi ke kelas kerana dia pernah di peras ugut dan semua wang gajinya di rampas. Dapat tahu lewat setelah di khabarkan oleh kawannya.


4. 

Semoga Huda, Umar dan Adam dapat menimba ilmu dan pengalaman baru di rantau orang.