Tuesday, April 20, 2010

Monday, April 19, 2010

Sayang, Kau Hebat





Saya rasa saya kacak dan macho walaupun dah macam alien sejak ada kanser dalam urat dan darah. Abang comel? Huh! Siapa yang kata saya comel? Saya macho okey. 

Saya bukan nak tunjuk cara-cara memukul majerin. Saya nak tunjuk tangan yang kuat itu. Tangan milik kekasih saya. Cubalah masuk line kalau nak merasa pelempang super-duper kuatnya. Paling-paling, cacat pendengaran untuk 40 hari. Ada berani mengorat saya perempuan-perempuan sekalian? Hahahaha! Sayang! Kau hebat! *dalam memukul majerinlah hehehe*

Sunday, April 18, 2010

Perempuan Itu Milik Saya




Lelaki selalu di potretkan dengan kegagahan. Jiwa, perasaan dan nafsu lelaki telah di stereotaipkan. Lelaki harus ganas dan berjiwa keras. Jika bercinta, perlu cari yang molek-molek, yang indah lagi jelita. Sifat manusia suka memuja yang manis-manis. Manusia kurang sedar, tidak semua perkara lelaki mampu lakukan. Dalam sesetengah hal, lelaki amat perlukan perempuan.

Bukan cuba untuk potretkan lelaki dengan kanvas dan wajah yang baru. Lelaki, sebagaimana semula jadinya harus menjadi pelindung buat perempuan yang dia sayang. Selalunya, lelaki malu dan ego tinggi untuk mengaku salah. Itu silap dan kebiasaan sifat lelaki. Lelaki di potretkan dengan segala ikon dan ciri yang klasik.

Kita suka mengomel “Lihat sana, lelaki itu macho, kacak, bergaya. Perempuan itu tak padan dengan dia”. Kita mencela. Kita lupa siapa yang kita cela. Kita mencela Pencipta. Siapa Pencipta kita? Tuhan yang satu. Kalau kita perlu bercinta dengan yang indah, cantik lagi jelita jadi yang kurang kacak, kurang jelita bagaimana pula? Tak layak untuk bercinta dan di cintai?

Saya pernah menangis bila orang yang saya sayangi hilang seketika – berpisah. Dan, tangisan itu saya yakin dan pasti kekasih saya mendengarnya. Saya sendiri terkejut bila saya menangis kerana hilang cinta hati saya. Adakah lelaki hilang sifat sejatinya jika menangis kerana seorang perempuan? Saya lelaki konservatif, saya rasa ya tapi lelaki tetap punya perasaan, hati dan jiwa.

Saya tak ingat bila kali terakhir saya memuji kekasih saya cantik atau sememangnya saya tak pernah langsung memuji dia cantik kerana dia tak cantik di mata seorang lelaki seperti saya. Ya, itu hakikatnya. Dia tak cantik. Entah bila agaknya kali terakhir saya katakan padanya “Saya sayang kamu”. Saya lelaki konservatif, kekasih saya kata saya pemalu mengalahkan dia.

Yang penting, dia tak pernah tanya saya soalan bodoh seperti “Kamu sayang saya tak”. Soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya. Mujur kekasih saya tak pernah buat saya meluat dan menyampah dengan soalan-soalan terlebih mengedik begitu. Itu bukan manja tapi menggedik.

.

Sayang cantik, bukan tubuh tapi hati.
juga hangat
dan
nakal.



I.m.r.a.n
Canberra, Australia