Wednesday, January 07, 2026
Hai Ummi,
Hari ini Im bawa penghuni asrama anak yatim keluar untuk beli keperluan sekolah. Bermula dari pakaian sekolah, beg, kasut, stokin hingga alat tulis. Semuanya sudah lengkap. Banyak kenangan yang datang terutama ketika membeli alat tulis. Im teringin pensel warna Staedtler dengan 48 pilihan warna. Ummi belikan untuk Im pensel warna Stabilo dan Im tetap gembira.
Kawan-kawan sekelas ramai menggunakan Faber-Castell dan cat air (water color) pula daripada jenama Buncho. Im tak ingat jenama water color yang pernah Im guna — kecil sahaja, sekali guna sudah kering. Harganya murah. Tadi Im beli Faber‑Castell Polychromos 120 set warna untuk penghuni berusia 16-17 tahun kerana ramai antara mereka mengambil subjek Pendidikan Seni Visual.
Harganya sedikit mahal tapi warnanya cantik. Huda suka jenama ini berbanding Caran d’Ache. Anak-anak berusia 13-15 tahun pula Im belikan Staedtler 72 Design Journey Colouring Pencils. Adam selalu gunakan jenama ini kerana warnanya terang dan sekata. Bagi penghuni 10-12 tahun, Im belikan Staedtler 48. Terakhir, STABILO Swan 30 untuk anak-anak berusia 7-9 tahun.
Selesai beli pensel warna (lama juga sebab Im baca label setiap satunya), Im ke bahagian pensel dan pen. Im borong berkotak-kotak pensel dari pelbagai jenama. Ada banyak warna. Tak pernah jumpa pensel berwarna merah jambu, biru, hijau dan ungu. Im beli Jumbo, Noris dan beberapa jenis lagi daripada HB hinggalah 8B.Rupanya pensel Noris 2B menggunakan kayu kitar semula. Baru tahu.
5 Januari 2026
Admin akan hide profile kan? Boleh tak bagi saya kata² semangat. kisahnya macam ni, 3 minggu sebelum perceraian, hari jumaat tau, ada la saya perasan 1 status wasap client suami saya ber ♥️ dengan suami saya. caring betul ayat perempuan(ibu tunggal) tu kat suami saya. tapi bila saya tanya suami saya, dia nafikan status tu ditujukan untuk suami saya. okey lah. tamat conversation.
hari sabtu, suami saya pergi kerja macam biasa, eh malam tu dia langsung tak balik,
takde call, takde whatsapp untuk saya. saya tak boleh lelap, pagi tu pukul 7 lebih baru dia balik, saya tegur la kenapa buat macam ni, phone ada 2, kalau taknak call, boleh whatsapp supaya saya tak risau. dia just cakap sorry. tu je.
dan seterusnya, minggu depan nya, dia balik, tak balik, tak balik, balik, dan tetap juga tak ada 1 notification pun dari dia.
kemudian, hari jumaat juga, dia bagi tarikh kat saya, suruh saya pilih tarikh mana yang saya free untuk bercerai. (sampai hati dia kan).
Saya kata, saya tak free sampai hujung bulan 10, sedangkan saya nak kami berfikir secara waras. udahnya, dia kata saya ni main tarik tali, dia siap tanya pulak, nak aku lafaz luar mahkamah ke? saya kata tak perlu la buat macam tu, (terluka betul saya rasa) dan saya pun bagi tarikh.
tapi, saya tak menyerah tau, 2 hari sebelum kena pergi court, saya pergi office dia, saya tanya betul² kenapa nak bercerai, dia kata, malas nak cakap.
tapi saya cakap macam ni, saya pun ada terasa tapi tak perlu la pergi court. saya list la satu² :
1. dia tak defend saya bila ada isu ngan family dia
2. Hal rumah memang dia tak ambil tau, kadang lubang air kat sinki tu tersubat, asyik banjir je, saya minta tolong dia, nanti² katanya, last² saya la korek pakai tangan sendiri.
3. Saya kerja dia pun kerja, kadang² bila dia balik lambat, saya dah sisihkan makanan untuk dia, dia dah habiskan, pagi bila bangun, pinggan² lauk yg dah habis makan masih atas meja. apa la salahnya dah habis makan, letak kat sinki. huhuhu
4. langsir rumah pun kalau sebulan terjuntai, macam tu la terjuntainya kalau bukan saya yang betulkan.
okey, jadi tibalah kita di hari perceraian,
pagi kat rumah, saya peluk dia, menangis la saya kenapa dia sampai hati nak buat macam ni, tapi macam biasa, dia kata sorry buat macam ni.
otw nak pergi court baru lah dia cerita sebab² nya :
1. dia rasa macam baran, bila saya asyik sebut pasal hal rumah. (yela, takkan la saya yang nak handle semua 🥹, tolong buang sampah pun mujur dah tapi takde juga)
2. dia kata dia rasa bersalah bila dia tak boleh defend saya depan family dia.
3. dia kata, dia terasa bila saya cakap, nanti kalau dah pindah rumah baru, abang jangan la rosakkan barang rumah dah, semua nak beli baru nanti.(pe'el dia, kalau kami tengah bergaduh, dia suka tumbuk almari la, pecahkan pintu la, tu yang majoriti almari rumah saya takde pintu, dah rosak dikerjakan 😂. Salah ke cakap macam tu, kalau terasa pun, bagi tau je la.
4. kami ni kerap bergaduh sebab hal² kecil macam kat atas. jadi dia malas nak fikir dah.
tersentak juga saya, benda yang ini, dia nak bawa bercerai. patut saya yang bawa dia pergi bercerai sebab saya lagi banyak makan hati.. tapi semudah ini je? dia yang takde komunikasi. takde perbincangan ngan saya pun. cuba bila ada isu tolonglah bercakap.
akhirnya tetap juga jatuh talak 1. sakitnya la perasaan ini. kami kahwin 14 tahun. bukan 14 jam. banyak sangat kenangannya. huhuhu.
doakan saya dan anak² kuat. Alhamdulillah anak² semua dah sekolah rendah. tak besar sangat tak kecil sangat. jadi, masih boleh handle.
Doakan saya tau... 🤲
(Facebook)
_
"Tu perempuan janda tu"
"Nampak sangat, kan? Terang lagi cerah"
"Hati dan perasan boleh bolak-balik. Di datangkan sebagai ujian"
"Eee abang ni. Tak best la"
"Apa? Kang cakap dah servis baik dapat dosa kering pulak kalau dia tak buat"
"Astu balik, tak balik pergi mana aje"
"Yela duduk celah kangkang janda tapi kena la lapik. Puasa ni, berdosa kang"
"Hihihihi walaun"
Selamat petang. Saya ingin meminta satu pendapat mengenai perasaan suami saya. Tolong sembunyikan profil Facebook saya ya.
Begini ceritanya, saya mengenali suami saya pada bulan Ogos tahun 2024 dan kami berkahwin pada awal tahun ini. Dari awal perkenalan kami, saya tidak tahu sekiranya dia mempunyai bekas kekasih atau mungkin masih berhubung dengan bekas kekasihnya, kerana suami saya memberitahu bahawa dia sudah berpisah dan berstatus bujang sejak tahun 2022.
Persoalan yang timbul sekarang ialah, mengapa suami saya kadang-kadang mengigau ketika tidur dan menyebut nama bekas kekasihnya. Apabila saya bertanya tentang mimpi tersebut, dia mengatakan tidak tahu dan tidak ingat apa-apa.
Dalam keadaan seperti ini, adakah suami saya benar-benar menyayangi saya, atau dalam masa yang sama dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya?
(Facebook)
_
"Obviously, dia tak sayang awak, sis. Sekadar mengeruhkan keadaan hihihi"
"…………"
"Senyap aje, bang"
"Nak cakap apa?"
"Cakap la dia masih mempunyai perasaan sayang terhadap bekas kekasihnya. Gituuu"
"Bahan abang ke ni?"
"Takkkk"
aku tahu dalam kepala dia mesti ada persoalan — kenapa sekarang, kenapa tiba-tiba. tak ada ribut, tak ada petir, tapi abg berubah dan seolah-olah tutup terus pintu hati.
semuanya bermula bila kami buat deeptalk tentang cinta. dari situ aku sedar satu perkara yang aku lama nafikan — aku tak rasa cinta sebagai suami. bila perbincangan kedua jadi lebih fokus pada kami, keadaan jadi tegang. emosi jadi tak stabil, dan setiap cubaan untuk berbincang berakhir dengan tarik muka, memberontak, dan diam. dari situ hubungan kami jadi dingin.
aku tak nafikan, wife aku dah buat yang terbaik. aku tak salahkan dia. tapi aku tetap tak rasa kami serasi. cara berfikir, cara menerima n melihat sesuatu perkara — semuanya berbeza. menyebabkan setiap luahan atau perbincangan, berakhir dgn pergaduhan. sbb tu aku mula banyak diam, sebab aku tak rasa ada ruang yang selamat untuk meluah. lama-lama aku rasa kosong dan hilang diri sendiri.
aku sayangkan isteri aku, tapi cinta itu tak pernah hadir walaupun selepas bertahun-tahun dan dua orang anak. yang tinggal cuma sayang dan tanggungjawab. aku kahwin dengan harapan cinta akan tumbuh, tapi selepas enam tahun, keserasian itu tetap tak ada.
aku sedar ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa. mungkin keadaan boleh reda sekejap, tapi aku yakin ia akan berulang. aku juga sedar kegagalan ini banyak datang daripada diri aku sendiri — aku melamar tanpa benar-benar kenal diri aku dan keperluan emosi aku. tempoh kami kenal tu pendek sgt, dlm 5 bulan, terus menikah.
aku takut kalau aku terus bertahan, aku akan makin kosong dan hilang diri. impaknya nanti akan lebih besar, untuk aku, dia, dan anak-anak. aku bukan nak lari, dan aku bukan jahat kerana rasa begini. aku cuma jujur dengan diri sendiri.
tentang anak-anak, apa pun keputusan nanti, aku tetap akan jadi ayah yang hadir dan bertanggungjawab. itu tak pernah berubah.
aku cuma cuba menahan keadaan ini daripada menjadi lebih buruk — dan dalam kemampuan aku yang terhad, aku hanya mahu kurangkan impaknya untuk semua.
aku pon tak tahu mana yg lebih minima impak, berpisah sekarang, atau bertahan tapi tanpa jiwa.
(Facebook)
_
"Ri tu kan abang pernah cakap laki kalau tak sayang dari awal maknanya tak sayang"
"Ha. Cinta tak boleh di pupuk. Perempuan boleh"
"Acam mana abang tahu eh? Sebab handsome?"
"Ha? Handsome?"
"Ya Tuhannn boleh tak tolong dia? Lambat acam siput"
"Ingat handsome lain hahahaha"
Sunday, January 04, 2026
"Bata merah selalunya kita guna untuk fire rated wall atau pun untuk party wall. Kalau kebakaran, bata merah ada ketahanan 2 jam kalis api"
"Faham"
"Biasa orang guna bata merah untuk dinding pemisah sebab kedap bunyi"
"Bata putih tak kedap?"
"Tak. Jiran berjuang di tengah malam boleh dengar hahahahaha"
20/11
"Abang dekat kedai karpet. Sejak bila kedai karpet jual buaian kayu?"
"Cantik tak?"
"Cantik"
"Astu?"
"Saja bagitahu. Buaian ada satu je. Pelik, kedai jual karpet"
"Kalau suka, beli aje"
"Tak…tengok dari jauh"
"Acam Marrybrown?"
"Tak. Buaian kayu la. Ish"
"Dekat mana kedainya?"
"Ahhh kejab lagi pergi beli kang tak pasal. Abang tak nak. Cerita je"
27/12
"Cakap apa? Tak ingat pun"
"Abang cakap 'Kalau sayang, tak tinggal'"
"Oooo"
"Abang okey tak? Kenapa nangis? Tak pernah mimpi tak nangis. Abang mimpi apa senanya?"
"Tak ada apa. Terbawa-bawa semalam fikir kot"
"Cerita la mimpi apa"
"Kenapa tak tidur?"
"Tersedar"
"Dah, tidur"
"Abang…cakaplah"
"Benda lama. Tak penting"
_
"Deep love leaves deep scars"
"Sorry, kacau tidur Ara"
"This still hurts you, kan abang?"
"Jom tidur"
"Abang"
"Ninety percent of people don’t fall in love with the right person, but with the one who is there at the right time"
"Mmmm…"
"I don’t hate her. She chose the right one, at the right time, with the right man. No man can step in unless he is invited"
"Abang…"
"3:58 dah, Ara. Jom tidur. Kejab lagi nak Subuh"
28/12
Kakak: Why didn’t you cut your hair?
Dad: Your mom likes it long
Kakak: Why though?
Dad: I don’t know. I didn’t ask. If it makes her happy, why not? As long as it’s not against our religion
Kakak: That lowkey sounds henpecked
Dad: You think so?
Kakak: Maybe
Dad: I take care of myself. For me and for her. I don’t like fighting over small things. If your mom wants my beard like Santa’s, I’ll grow it. If she wants my hair curly, I’ll do it. Simple. No arguments
30/12
"Bang, gunting rambut tau"
"Kenapa? Orang simpan dah"
"Tak best dengar Huda cakap mmm"
"Ara suka, abang buat. Pendapat orang lain tak penting. Dia tengah besar, belum nampak perbezaan. Dengar nasihat bini dengan ikut telunjuk bini tu lain. Ikut telunjuk bini macam makan nasi kangkang. Ikut semua tak bantah. Bini ketua keluarga"
"Kita tak nak dia salah faham"
"Lama-lama dia akan faham. Ara tak payah fikir"
2026-01-01
"Tapi abang rasa, dia penat layan perangai laki dia tu. Kejab merajuk, kejab moody, kejab silent treatment, kejab marah. Perempuan kawin sebab nak laki layan perangai dia bukan dia layan perangai laki"
"Letih tau layan perangai acam tu. Acam layan anak itik"
"Dah anak itik pulak kena"
"Astu bertukar peranan acam mana tu? Pelik aje"
"Perempuan nak di manja tapi laki nak di belai-belai, di sayang-sayang, di usap-usap. Dua-dua nak menerima tapi tak nak memberi. Susah la"
2026-01-01
Hai Ummi,
Sekarang jam 4.54 pagi. Semalam Im berada di Rawang. Enam orang bekas penghuni rumah anak yatim akan memulakan kehidupan baharu. Mereka kini berusia 18 tahun. Im bawa mereka ke bengkel. Mereka akan mula bekerja pada hari Isnin depan. Penginapan disediakan di tingkat atas. Gaji bulanan sebanyak RM2,000. Bengkel ini telah beroperasi hampir enam tahun. Alhamdulillah, masih kekal beroperasi sehingga kini dan harapnya bertahan.
Puluhan tahun dahulu, Im juga melalui jalan yang sama seperti mereka. Im faham betapa sukarnya berhadapan dengan dunia sebenar. Seperti kata Bill Gates, “Dunia ini tidak adil, biasakan diri.” Benar kata Bill Gates . Dunia tidak adil, dan selalunya tiada siapa yang benar-benar peduli. Apabila melangkah keluar dari rumah Ummi, dunia terasa asing dan menakutkan. Im melalui tekanan hidup yang berat, khususnya ketika menuntut di United Kingdom.
Berbekalkan pengalaman yang ada, Im bangunkan sebuah model pembangunan kerjaya yang berfungsi sebagai pusat transit—tempat persediaan sebelum mereka benar-benar berdikari. Realiti anak yatim yang tinggal bersama ibu/bapa tidak sama dengan penghuni asrama seperti Im yang tidak punya walau seorang saudara. Im tidak punya dahan untuk berpaut. Im bergantung sepenuhnya pada diri sendiri. Mujurlah Ummi banyak membantu..
Im sering merindukan kehidupan di rumah Ummi. Masa berlalu begitu pantas. Sekarang, Im pun sudah semakin tua. Kehidupan di asrama merupakan antara pengalaman paling membahagiakan dalam hidup Im. Andai masa boleh diundur, Im nak belajar masak gulai tempoyak. Im rindu masakan Ummi, tapi Im tidak pandai memasak. Masih terbayang cempedak goreng yang rangup dan sagu gula Melaka yang manis. Kini, semuanya tinggal kenangan….
Anak-anak ini membangkitkan banyak nostalgia. Im seolah-olah terlontar ke masa silam; melihat diri sendiri ketika mula bertatih memulakan kehidupan. Mereka bekerja dan di beri latihan. Sekiranya nanti mendapat peluang melanjutkan pelajaran, itu sesuatu yang lebih baik. Im sentiasa galakkan mereka mengikuti kursus kemahiran dan latihan teknikal. TVET menawarkan banyak peluang untuk mengembangkan potensi diri dan kerjaya.
Kerajaan menyediakan pelbagai peluang pendidikan TVET melalui GIATMARA, Kolej Komuniti, ILP, KKTM, IKBN, IKM dan ADTEC. Melalui institusi ini, pelajar mengikuti Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga 3. Laluan seterusnya ialah SKM lanjutan, DKM, DLKM atau kelayakan di bawah MQA sehingga Tahap 5. Di GIATMARA dan Kolej Komuniti, pelajar diberikan elaun. Di ILP pula, pelajar menerima elaun serta makanan tiga kali sehari.
Selain itu, terdapat banyak institusi lain yang jarang diketengahkan dan kurang mendapat perhatian umum. Antaranya ialah Institut Kemahiran Orang Asli (IKOA), Pusat Latihan Pertanian Negeri (PLPN), Institut Kemahiran KEMAS, Institut Latihan Pembangunan Belia Desa (i-Desa), Institut Kemahiran FELCRA, Institut Latihan LKIM (Perikanan), Institut Latihan FAMA dan Kolej RISDA. Banyak kemudahan disediakan. Rugilah jika tidak mengambil peluang.
Ramai memandang rendah kursus-kursus ini tanpa menyedari bahawa kadar kebolehpasaran graduannya tinggi. Kurikulumnya bersifat praktikal, selari dengan keperluan industri, dan lebih dekat dengan realiti pasaran kerja sebenar. Tempoh pengajian juga lebih singkat, dengan yuran yang berpatutan. Im berharap usaha kecil ini menjadi titik permulaan kepada mereka—sebagai bimbingan awal untuk mengenal sepak terajang kehidupan sebenar.
Bye, Ummi. Nanti Im tulis lagi.
• Gaji pokok: RM2,000 sebulan
• Elaun Kehadiran: RM100 sebulan
• Waktu kerja: 8:30 pagi – 5:30 petang
(rehat 12:45 tengah hari – 2:00 petang)
• Hari rehat mingguan: Ahad
• Cuti umum: Gaji penuh
• Cuti sakit:
– Hari 1–3: Gaji penuh
– Hari 4–7: Separuh gaji (dengan MC sah)
• Kerja lebih masa (OT):
– OT hari biasa: RM16/jam
– OT hari rehat (Ahad): RM20/jam
– OT cuti umum: RM24/jam
• Makan: Tiga (3) kali sehari ditanggung majikan (tidak termasuk hari Ahad)
• Tempat tinggal: Percuma berserta kemudahan asas
– Sofa
– Meja makan
– Katil
– Tilam
– Bantal
– Pemanas air
– Periuk nasi
– Peralatan dapur
– Peti ais
– Mesin basuh
– Pancuan air panas
• Pakaian Kerja: Dibekalkan
– Kemeja berkolar & uniform
– Seluar slack kasar
– Kasut keselamatan
• Perlindungan: PERKESO & KWSP
• Pengangkutan: Tidak disediakan
**Makan, tempat tinggal dan pakaian adalah kemudahan yang dibekalkan, bukan sebahagian daripada gaji pokok.
Subscribe to:
Comments (Atom)