Sunday, October 31, 2021

Hello November

Balik KL sesat-barat. Semakin banyak nama tempat ditukar kepada Inggeris. Mungkin untuk meningkatkan nilai komersial sesuatu kawasan. Agaknya jika menggunakan nama bersifat kemelayuan, hartanah di kawasan tersebut tidak dapat di jual dengan harga tinggi dan kurang mendapat sambutan. Tertanya-tanya juga adakah pihak PBT dan DBP tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengekang hal ini. Jika di biarkan berlarutan tidak mustahil suatu hari nanti Malaysia akan hilang identiti bangsa dan negara. Maka, rosaklah peradaban.


Bukit Tunku
1 Nov 2021

Wednesday, October 13, 2021

Jab Se Mera


Sepanjang minggu menari Ghungroo Song sampai hafal lirik. Hari ini menyanyi Jab Se Mera pula. Kalau isteri tak sayang lagi, tak tahulah. Seronoknya dapat menari. Bertahun-tahun tinggalkan tarian.

“Tak sangka kan abang yang serius, garang pandai menari hihihi”
“Hara memang. Semua tak sangka. Dahlah eh. Sakit pinggang dah ni”
“One more please”
“Malam nanti letak minyak”
“Yeeeee okey”

Tuesday, October 12, 2021

Saturday, October 02, 2021

Kopi


 P. Helena

Friday, October 01, 2021

Utusan rindu



Dulu, saya selalu menulis apabila rindu datang bertamu di hati. Sehingga beberapa detik kemudiannya saya tak mahu lagi mengendahkan kerinduan pada sesuatu yang bukan milik saya. Saya berhenti menulis lama selepas itu. Ada baiknya sesetengah perkara hanya tinggal di dalam hati, tak perlu di luahkan lagi. Saya kira ada benarnya kata orang dulu-kala “Something are better left unsaid”. Saya menyendiri, menyepikan diri. Memberi fokus kepada pembangunan kerjaya dan keluarga. Tinggal di kota metropolitan seperti Dubai sedikit-sebanyak membantu membuat saya lupa hal-hal lama. Agaknya, apa khabar dia di sana. Saya harap semuanya baik-baik belaka. Kalau kewangan keluarga tidak memberangsangkan, bertahanlah. Usaha tangga kejayaan. Lambat atau cepat pasti keluar dari bebanan kesulitan kewangan.

Saya mimpikan awak tiga atau empat hari lepas. Entah kenapa anak awak berada dalam kereta saya, di bangku belakang. Bergaun putih paras lutut, berambut panjang paras bahu. Cantik rupa parasnya. Berusia lingkungan 5 tahun. Saya tahu anak awak belum pun berusia 3 tahun. Sudah lama saya tak mimpikan awak. Sepanjang dalam mimpi dia tersenyum saja. Entah apa yang membuatkan dia begitu ceria. Saya bahagia melihat dia gembira. Saya terjaga, kemudian membersihkan diri langsung dirikan solat. Sebenarnya, sudah agak lama saya tak doakan awak. Mungkin kerana tidak lagi berat menahan perasaan, saya tinggalkan nama awak dalam titipan doa saya. Bila saya rindu, saya akan doakan yang baik-baik untuk awak. Saya harap Allah bantu awak jika awak dalam kekusutan. Ringankan beban awak serta hilangkan segala keresahan di hati awak.

Saya, walau sekali, walau hanya dalam mimpi, tak pernah meminta Allah kembalikan awak kepada saya. Sungguhpun sedih, saya tetap relakan. Saya tetap redha dengan ketentuan Allah Yang Maha Besar. Saya gembira melihat awak gembira. Tuhan juga hadirkan kegembiraan di hati saya. Saya bahagia dengan kehidupan yang Tuhan aturkan. Hati saya menjadi lebih kental, saya menjadi lebih matang. Terima kasih kerana jatuh cinta dengan orang lain. Jika awak tak tinggalkan saya, sudah tentu saya tak berkongsi hidup dengan perempuan yang ada di sisi saya sekarang. Aturan dan perancangan Tuhan lebih baik dan kita di suruh berbaik sangka dengan perjalanan yang Allah susun buat kita. DIA mengirimkan orang yang paling sesuai untuk hidup bersama kita. Orang yang terima dan bertahan dengan perangai buruk kita.