Sampai di Granada 26 Mac lepas, Kakak ajak tidur di hotel paling murah di Granada. Dia ingin rasai pengalaman tidur di bilik paling murah dengan harapan dapat menjimatkan belanja. Di Granada tiada masalah. Selepas seminggu berada di Granada, bergerak ke Cardova. Memilih hotel paling murah dengan niat yang sama - Umar beberapa kali tarik muka. Dia tak suka.
Di Cardova suasana agak berbeza. Pelancong ramai dan hotel dengan bajet murah agak sesak. Dapat bilik di sebelah pasangan yang baru berkahwin. Sudah dua malam tv di pasang dengan agak kuat hingga mengganggu tidur anak-anak. Mereka keletihan di siang hari dan tidak dapat tidur di waktu malam. Dek kerana tak tahan dengan bunyi bising tv, bangun dari meja kerja, keluar dari bilik dan ketuk pintu bilik sebelah dengan harapan dia dapat perlahankan volume tv. Percakapannya cukup kurang ajar. Oleh kerana tak dapat menahan sabar, pergaduhan terjadi dan hidungnya patah di tumbuk.
Kemudian dia buat laporan pada pihak hotel. Tanpa siasatan, tanpa banyak soal, front desk hotel minta kosongkan bilik atau dia akan buat report polis. Tak mahu perkara menjadi lebih kecoh, ketika jam 2.30 pagi terpaksa kosongkan bilik. Susana sudah sepi ketika itu. Pengangkutan awam sudah tutup operasi. Teksi pun tak ada. Semalam, untuk pertama kali dalam hidup tidur di kaki lima deretan kedai sementara menunggu waktu pagi.
Panas hati belum reda. Lihat anak-anak tidur di kaki lima beralaskan beg cukup menyayat. Keadaan di luar agak sejuk. Mata terlelap juga akhirnya kerana penat berjalan seharian di waktu siang. Terjaga ketika Umar kejutkan untuk solat Subuh. Solat di kaki lima kerana malas mencari tempat lain. Mujurlah ada beberapa botol air, dapat digunakan untuk mengambil wuduk. Jam 7 pagi keadaan menjadi sibuk. Selesai sarapan, ambil teksi ke hotel baru.
.
Kakak: I’m sorry daddy.
Daddy: It’s okay Kakak. Benda dah jadi.
Umar: Adik dah takap kita tidur hotel mahal. Kakak tak nak.
Kakak: Kakak minta maaf. I though we can save our money.
Umar: Kita penat. Kita tene dapat bilik yang selesa belsama tilam yang selesa.
Daddy: Daddy yang hilang sabar. Kalau tak, kita tak kena halau.
Adam: Daddy tak salah. Orang tu jahat.
Umar: Kita bukan backpacker Kakak. Backpacker jimat luit. Kita toulist. Toulist banyak luit.
Kakak: Janganlah marah Kakak. Kakak salah.
Umar: Kakaklah tak nak tengar takap daddy.
Kakak: I’m sorry.
Daddy: Umar, dah la tu. Jangan marah Kakak. Bukan salah Kakak pun. Kita dah sampai hotel. Pergi mandi lepas tu tidur. Hari ni kita rehat. Petang nanti kita jalan-jalan.
Kakak: Daddy, I’m sorry making all of us in trouble (peluk)
Daddy: Not your fault. Jangan ambik hati sangat apa Umar cakap tu.