Saturday, February 21, 2015

Let time decide.

Bertemu Hana seperti biasa di taman. Hana serahkan novel Mark Twain. Huda beberapa kali bertanya tentang penulis agung ini. Mark Twain terkenal dengan karyanya seperti The Innocents Abroad (1869), Roughing It ( 1872), The Gilded Age (1873), The Adventures of Tom Sawyer (1876), A Tramp Abroad (1880), The Prince and The Pauper (1881), Life of Mississippi (1883), The Adventures of Huckleberry Fin (1884) dan Joan of Arc (1896). Setakat ini, hanya dua novel sahaja yang di jumpai. Katanya dia akan teruskan pencarian.

Hana akan bertolak ke Kanada Selasa ini untuk mengikuti kursus jangka pendek (tak pula di sebut kursus apa) selama 2 bulan. Dengan muka yang agak muram, katanya dia tak mahu pergi (sebab tak mahu berjauhan). Aku beritahu Hana aku perlu ke Abu Dhabi selama seminggu kemudian ke Korea selama 4 hari atas urusan kerja. Aku katakan kalau dia tak mahu pergi ke Kanada, aku tetap tak ada di sini. Aku sibuk mengurus hal kerja dan kemungkinan besar tiada phone call (tentu tak boleh call sebab handphone tak ada) mahupun Skype. 

Status Hana pada diri aku masih belum jelas tapi yang pastinya melayan kerenah Hana sedikit-sebanyak membuatkan aku lupa kisah-kisah lepas yang menyedihkan. Sekurang-kurangnya aku tidak lagi memikirkan kisah-kisah silam yang tak mahu lagi di kenang-kenang, di ingat-ingat. Aku rasa aku okey dengan Hana cuma untuk jadikan dia sebagai teman istimewa rasanya belum terfikir lagi. Aku masih perlukan masa untuk menjadikan diri dan emosi lebih stabil. Hana tak pernah bertanya tentang hal-hal lepas dan aku sendiri tak mahu bercerita.

Hari ini Hana tanya “Abang ada someone special?”. Aku rasa lebih tenang (berbanding dulu) untuk katakan “Tak. Tak ada”. Saat aku jawab soalan Hana, tak ada apa-apa yang terlintas di hati dan fikiran. Aku rasa lebih tenang dan semakin yakin untuk teruskan hidup ke fasa baru. Datanglah apa saja. Ujilah apa pun. Aku yakin, aku akan hadap apa saja yang datang menguji. Aku mahu menjadi seorang manusia yang tahan di uji. Aku mahu menjadi manusia yang matang dalam kehidupan dan memberi peluang dan ruang pada diri sendiri untuk bangun selepas rebah bagi mengecap nikmat hidup dan merasa bahagia semula.

Hana dengan perangai kebudak-budakan, manja yang bukan main dan kadang-kadang amat daring selalu membuat aku rasa terhibur (ini memang tak dapat di nafikan). Cuma kadang-kadang Hana terlalu berlebih dalam cuba mengambil hati aku. “Hana janji Hana sayang abang sampai mati”. Aku masih teringat kata-kata ini. “Jangan berjanji Hana. Kalau tak di tepati nanti hati rasa sakit”. “Hana janji Hana sayang abang sampai mati. Trust me abang. I’ll love you until the end of time”. Setiap satu patah perkataan. Setiap satu huruf aku masih ingat. “Masa tengah sayang memang macam-macam. Nanti dah tak suka campak macam sampah”. “Tapi Hana tak macam tu”. Aku tahu Hana, aku pernah rasa. Kata-kata itu tak terluah hanya simpan di dalam hati.

Let time decide.


However, what about a rejection or a disappointment? How does a heart take it? How long does one take to get over something? How long does it take to heal a broken heart?If we got backstabbed or turned down by someone whom we really trust or put high hopes on, how do our hearts take that? How long will the past haunt us till we can get back on track again? - Afiqah Aisyah