Wednesday, January 07, 2015

2.43am

Penyerahan dan pengagihan sumbangan tidak terurus dengan baik. Semua orang bekerja seperti tidak ada satu sistem yang sistematik. Semuanya berterabur. Kalau pengurusan lebih sistematik tentu pengagihan dapat berjalan lancar dan lebih efektif. Antara badan kerajaan dengan sukarelawan, sukarelawan lebih pandai dalam menjalankan kerja. Mereka tahu apa yang perlu mereka buat. 

Sikap penduduk Kelantan ada yang tak kena. Khabarnya (harapnya khabar angin sahaja) setelah pihak pasaraya menghantar pakaian baru kepada mangsa banjir, pakaian terpakai yang di dermakan tidak di endahkan lagi dan di biarkan begitu saja. Harap-harap berita yang sedang tersebar ini palsu dan tidak benar sama sekali. Jika benar amat sayu hati orang yang menderma melihat pakaian yang sumbangkan secara ikhlas di buang begitu saja. 

_ _ _ _

Misi menghantar sumbangan kali ini terasa amat asing kerana ayah Hana ikut sekali dalam rombongan. Terasa seperti sedang diperhatikan atau lebih tepat di nilai. Terasa seperti di pantau melalui CCTV. Ayah Hana minta izin untuk ikut serta dalam misi pengagihan barang sumbangan untuk mangsa banjir. Tak begitu ada chemistry tapi aku senang dengannya walaupun kami tidak bercakap banyak dan hanya berbual sekali sekala. Aku mengelak bila di tanya mengenai soal peribadi.

Pagi nanti akan bertolak balik ke Ipoh. Bantuan akan di hantar pula sekitar Temerloh, Pahang. Temerloh antara kawasan yang teruk di landa banjir. Cadangnya hendak balik rumah di Bukit Istana. Oleh sebab ayah Hana turut serta, segan pula hendak ke Kuantan untuk berehat-rehat. Setelah balik dari Pahang perlu kemaskan barang untuk terbang semula ke Paris bagi sesi radiation therapy. Radiation therapy kali ke lima. 

_ _ _ _

Sebelum ke Paris, kalau sempat hendak beli beberapa buah buku sebagai peneman sunyi. Ada beberapa buah dalam perhatian. Antaranya Kritikan Teori Alam Kejadian Semesta oleh Shaharir Mohamad Zain, Monitoring and Decision Making in the Construction Industry, Risk Management in Construction dan Al-Bīrūnī's Treatise on Eclipses oleh Norzakiah Saparmin,

Mata kini lebih terang. Sudah boleh membaca (walau tidak mampu mencatat dengan pen di kertas nota). Itu lebih dari memadai. Kadang-kadang mata terasa pedih juga tapi tidaklah seteruk dulu.