1.
Umar membebel.
Tiga komputer dan sebuah mesin fotokopi rosak (lagi). Umar kata pengunjung yang
datang tak gunakan barang-barang di Pusat Komuniti sebaiknya. Barang yang
menjadi hak milik awam tidak di gunakan seperti barang sendiri.
Umar membebel panjang. Umar kata perlu keluarkan lebih banyak duit untuk baiki
sedangkan Pusat Komuniti tidak mempunyai sumber kewangan.
Umar juga cakap
ini bukan soal berkira tetapi soal tanggungjawab. Memanglah Umar membebel
panjang dua tiga hari kebelakangan ini. Kebanyakan remaja yang datang tidak
menjaga kebersihan. Sampah di buang di merata tempat. Sinki, bilik air, tandas,
dapur dan lantai amat kotor. Akibat terlalu kotor dan tidak mempunyai banyak
tenaga sokongan, terpaksalah mengupah beberapa pekerja untuk bersihkan Pusat
Komuniti selang sehari.
Don menjumpai
beberapa kondom yang sudah di gunakan. Sejak Pusat Komuniti di buka hingga
lewat malam (untuk tujuan ulang kaji) hampir 8 kotak kondom yang belum di
gunakan di jumpai di sekitar Pusat Komuniti juga jarum dan bekas hisap gam. Don
kata sudah dua malam berturut-turut polis memerhati Pusat Komuniti ini.
Mendidik bukan
kerja yang mudah walaupun sekecil-kecil perkara seperti membuang sampah dan
menjaga kebersihan tandas. Hari-hari Umar balik ke rumah dengan muka sedih dan
hampir give up.
Umar: Tak
boleh daddy. Shusah. Temua tak leti. Temua balang losak.
Habish luit kita.
Daddy: Kalau
kita nak buat baik memang susah. Kita cuba lagi okey?
Umar: Adik lase adik ajar tucing-tucing lagi tenang.
Daddy: Umar,
tak baik cakap macam tu. Kita kena ikhlas tolong orang.
2.
Dua buah PC
berserta dua buah printer sudah
sampai. Semuanya barang second hand.
Umar yang cadangkan supaya beli barang-barang terpakai untuk mengantikan
barang-barang yang telah rosak. Barang-barang terpakai masih dalam keadaan elok
(dan harganya murah – faktor harga amat penting bagi Umar).
Sebenarnya
paling menyayat hati bila tengok buku-buku di rak bersepah. Ada yang jatuh ke
lantai, ada yang sudah koyak, ada yang sudah di conteng dan ada yang sudah
tidak serupa buku lagi. Perihal buku, amat sensitif. Terasa sedih, sebak dan
sakit hati bila buku diperlaku sedemikian rupa. Sejak kecil, Ummi mengasuh agar
hormatkan buku – jangan duduk di atas buku, jangan letak buku di atas lantai,
jangan conteng buku dan macam-macam lagi. Dan hal ini diperturunkan kemudian
kepada anak-anak.
Umar sudah
sediakan kotak untuk bawa balik buku-buku ke rumah (kerana dia marah melihat
keadaan buku). Buku-buku ini di beli untuk di letakkan di Pusat Komuniti. Dari dulu di biasakan bila membeli sebuah buku yang baik
harus di beli dalam tiga naskah untuk di letakan di rumah sendiri, di
perpustakaan keluarga dan di rumah tamu di TTDI. Kini perlu beli 4 naskah
– salah satunya untuk di letakkan di Pusat Komuniti.
Hujung minggu
ini akan di habiskan untuk membaiki buku-buku yang telah rosak.
3.
Kabin sudah siap.
Dapat tempah kabin dengan harga yang murah – RM 3000. Sudah jumpa tempat yang
sesuai untuk letakkan kabin. Bermula
bulan hadapan setiap hujung minggu akan di habiskan di kabin. Harap anak-anak
suka. Boleh ajar Adam membaca/bacakan buku untuk Adam di tepi tasik. Sudah ada
tempat untuk Huda melukis. Umar tak pasti dia nak buat apa – main gitar
(mungkin).
Semoga dapat
habiskan banyak masa dengan membaca dan menulis.