Saya menonton
Guzaarish seorang diri di dalam bilik. Tentang seorang lelaki yang menderita
akibat Paraplegia dan ingin mati melalui petisyen mahkamah. Mahkamah menolak petisyen
tersebut. Tidak ada istilah mercy killing. Setiap hari saya cuba menerima
hakikat hidup. Setiap hari saya doa agar sakit saya hilang di bawa pawana. Tapi
masih belum bernasib baik. Saya tak pernah lagi fikir yang saya akan bunuh diri
atau minta kebenaran dari mahkamah untuk di bunuh untuk menamatkan kesakitan
ini.
Kata Ummi, sakit
itu kifarah setiap doa yang anak Adam lakukan. Kata Ummi, kita harus redha dan
terima setiap dugaan yang ALLAH kirimkan buat kita. Kata Ummi, setiap yang
berlaku ada ganjaran yang tinggi untuk kita. Dan saya rasa amat berdosa tatkala
saya cuba bunuh diri dahulu. Saya berasa sangat malu jika di beri kesempatan
berdepan dengan Ummi. Saya bertambah malu bila nanti saya akan bersoal jawab di
hadapan Tuhan.
Kita memang tak
ada kuasa untuk mengambil nyawa sendiri kecuali kita terpaksa berbuat demikian
dalam beberapa keadaan walaupun sebenarnya masih tidak di benarkan dan di
anggap berdosa. Mungkin dalam keadaan seperti Ethan yang mengidap Paraplegia -
tidak boleh merasa apa-apa pada anggota badannya, lumpuh separuh badan. Ketika
membuang air juga dia tidak berasa apa-apa. Sofialah yang membantunya. Untuk
hidup dalam situasi begini memerlukan kecekalan kerana insan yang lahir normal
kemudian menjadi tidak normal akibat kemalangan memerlukan semangat yang kuat
untuk terus hidup - hidup dalam kesakitan dan penderitaan. Menanti setiap masa
nyawanya di ambil Tuhan.
Orang yang sakit
tak mahu mati kerana dia ingin mati. Dia ingin mati kerana hanya dengan itu dia
dapat merasa bebas dari kesakitan. Kita tidak perlu berasa aneh kerana
adakalanya kita berasa dunia seolah-olah tertutup untuk kita nikmati. Kawan
saya, si pemikir kreatif selalu menyatakan bahawa “ Hidup ini perlu di rai dan
bukan untuk di tangisi”. Kawan saya itu pernah berkata, “Hidup kita seperti
melakukan seks. Adakala di atas dan kadang-kadang kita di bawah. Jika kita
selalu berasa di atas, kita lupa nikmat bila kita berada di bawah”.