Hari pertama
Pelanggan: Adik jual apa?
Umar: Nasi lemak ayam berempah, sambal sotong, paru berlada
Pelanggan: Yang ini nasi apa?
Umar: Nasi kerabu
Pelanggan: Ikan rebus?
Umar: Ikan goreng, ayam crispy
Pelanggan: Berapa harga sebungkus? Boleh bayar guna QR?
Hasha: Kenapa banyak tanya?
Aku: Haip! Hasha, apa cakap macam tu. Cakap sorry dekat aunty. Budak tak boleh menyampuk orang tua bercakap
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Minta maaf, puan. Anak saya terlepas cakap
Pelanggan: It's okay. Budak-budak
_
Hari kedua
Pelenggan: Hari ini ada lauk apa?
Umar: Udang petai, daging salai, siput sedut
Hasha: Semalam dah tanya
Aku: Ye la orang nak beli kena tahu apa yang dia beli, berapa harga, benda apa dapat. Tu hak pengguna. Kita kena jadi peniaga yang berhemah. Hasha tak boleh cakap macam tu. Kejab lagi daddy rotan, nak?
Hasha: Asha minta maaf
Aku: Cakap dekat aunty
Hasha: Sorry, aunty
Pelanggan: You’re very adorable
Hasha: Thank you
_
Hari ketiga: Ada peniaga serang Umar — pertikaian tapak meniaga walhal sudah survey hampir dua minggu tak ada orang berniaga di situ.
_
Hari empat: Syiling berterabur di tapak meniaga. Ada tangkal berbalut kuning dengan lilit hitam
_
Hari kelima: Majlis Perbandaran datang. Ada orang buat aduan.
_
Hari keenam: Pejabat Tanah datang. Ada orang buat aduan.
_
Hari ketujuh: Pejabat Kesihatan Daerah datang. Ada orang buat aduan.
_
Hari kelapan: Kawasan Umar meniaga sudah di ambil orang. Hari itu…Umar letak nasi dalam bakul, berjalan sambil bertanya jika ada yang mahu beli barang jualannya.