Meluangkan masa yang berbaki melatari kedai buku sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sayangnya, banyak yang telah menutup operasi. Penerbit Antara telah di lelong awal Januari lalu. Thinker's Library dan Marwilis telah cuba mengecilkan operasi namun tidak mampu bertahan. Silverfish Books bergelut di sebabkan kenaikkan kadar sewa yang tinggi. Jika kita membesar dengan hasil terbitan mereka, tentulah kita berasa sayu dan sedih.
Bangunan Zhongshan yang terletak di Kampung Attap, Kuala Lumpur mempunyai dua buah kedai buku yang menjual karya nadir dari dalam dan luar negara. Malangnya, Tintabudi yang banyak menjual buku langka dari luar negara bergenre seni dan sastera sudah tidak beroperasi. Sebuah lagi premis buku yang menjual karya nadir tempatan iaitu Balai Buku Raya masih berjualan. Kedainya sederhana kecil namun koleksi jualannya mengagumkan.
Terdapat sebuah kedai buku nadir yang baru di buka di Jalan Tun HS Lee Kuala Lumpur iaitu Riwayat hasil kolaborasi Kedai Buku Titiwangsa dan Bukuku Press yang memberi fokus menjual karya nadir khususnya sejarah dan politik dari penerbit luar. Pemilihan karya yang di paparkan amat teliti dan menarik hati. Baru-baru ini Riwayat telah menerima dana melalui Program Geran DTKL sebuah inisiatif di bawah anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Thinkcity.
Semasa ke Pulau Pinang, sempat mencuri masa ke Gerakbudaya berhampiran Masjid Kapitan Keling namun kedai ini sudah di tutup sepenuhnya. Kedai buku yang masih beroperasi ialah Areca Books yang terletak di Lebuh Acheh, Tanjung Town Books Store dan Hikayat. Kali ini, tdak sempat melawat deretan kedai buku di Pasat Chowrasta juga tidak sempat membuat temujanji untuk membeli di The Penang Bookshelf.
Rumah penerbitan dan kedai buku mempunyai potensi yang besar untuk di kembangkan jika di beri sokongan dan dokongan yang mantap dan berkesan. Masih banyak tradisi keilmuan yang belum di terokai menyebabkan pembangunan intelektual Malaysia agak perlahan berbanding negara maju yang lain. Kengkangan modal, saiz pasaran serta pergelutan ekonomi pasca pandemik menyebabkan industri ini sukar berkembang dengan pantas.