Hari ini berjaya mencuri sedikit masa terluang untuk mencatat. Minggu lepas agak sibuk kerana menghadiri program berteraskan forum dan wacana bersifat pemikiran. Antaranya ialah berkunjung ke Jakarta Convention Centre bagi menghadiri Indonesia International Book Fair (IIBF) dari 8 hingga 10 September 2017. Pada 11 hingga 12 September pula menghadiri Pangkor International Development Dialogue (Pangkor Dialogue) yang berlangsung di Amanjaya Convention Centre, Ipoh, Perak. Program ini di anjurkan oleh Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan kerjasama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Perlaksana Koridor Utara (NCIA). Selain Pangkor Dialogue, program yang berlangsung ialah Temasya Idea Perak atau lebih di kenali sebagai Perak Festival of Ideas (PFoI) yang buat julung kalinya dianjurkan oleh IDR dengan kerjasama kerajaan negeri bertempat di Bulatan Aman Jaya bermula 6 hingga 12 September.
Penglibatan teraju industri yang terlibat pada tahun ini adalah seramai 300 orang berbanding 265 orang pada 2016 dan 160 orang tahun 2015. Penganjuran kali ini menyaksikan lebih daripada 20 sesi perbincangan yang melibatkan 80 pembentang yang di sertai 33 penyertaan delegasi luar. Pangkor Dialogue yang di anjurkan buat kali ke empat menjemput Dr. Catherine Cady Coleman, angkasawan wanita pertama Amerika Syarikat yang juga pakar kimia berkongsi pengalamannya berada di angkasa lepas selama 6 bulan. Acara ini turut menjemput beberapa individu penting seperti bekas presiden Ecuador Jorje Jamil Mahuat Witt, bekas Datuk Bandar Oklahoma Mick Cornett dan pengasas Honeybee Network Prof. Dr. Anil Gupta. Pada tahun 2016, Pangkor Dialogue menjemput Professor Dr. Muhammad Yunus sebagai tetamu terhormat. Beliau merupakan pengasas Bank Grameen dan penerima Hadiah Nobel Keamanan pada 2006.
Pangkor Dialogue 2017 bertemakan “Memacu Masa Hadapan: Landasan Inovatif Ke Arah Pembangunan Mapan” (Making the Future: Innovative Pathways to Sustainable Development). Enam sub tema diperkenalkan meliputi ekonomi, pembangunan insan, alam sekitar, inovasi, keusahawanan, perumahan, belia, penuaan, pembangunan wakaf dan wanita. Program ini di hadiri oleh pemimpin dari dalam dan luar negara, ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar, pemikir dari seluruh dunia, pemain indusri, pelabur dan badan-badan NGO. Salah satu matlamat Pangkor Dialogue adalah untuk menjadikan negeri Perak sebagai negeri ilmu. Matlamat utama penganjuran PFoI pula adalah untuk mengumpul 10,000 idea dari orang ramai tanpa mengira latar belakang, umur, dan taraf sosial untuk sama-sama menjajana idea yang kemudiannya akan di bangunkan dalam bentuk tindakan sebagai perancangan pelan pembangunan dan pelestarian negeri Perak.
Dari 16 hingga 17 September pula berkunjung ke Manila International Book Fair (MIBF) yang berlangsung di SMX Convention Center Manila, Mall of Asia Complex, Seashell Lane, Pasay City. Tiket masuk berharga Php20 seorang. Semalam, pintu masuk utama SMX Convention Centre terpaksa di tutup kerana limpahan pengunjung yang terlalu ramai. Antara perkara yang menarik di MIBF ialah penganjur memberi satu ruang khas yang sangat besar kepada pempamer buku bergenre kanak-kanak dan remaja, sesuatu yang jarang di buat oleh KLIBF. Selain acara pelancaran buku, MIBF banyak memberi penekanan kepada program yang melibatkan kanak-kanak seperti pertandingan bercerita. Beberapa pemain industri buku Malaysia turut kelihatan di MIBF seperti Malaysian Book Publishers Association, Perbadanan Kota Buku dan The National Book Council of Malaysia.
Bermula 26 Ogos hingga 3 September, berlangsungnya Delhi Book Fair (DBF) di Pragati Maidan bertemakan “Padhe Bharat Badhe Bharat” yang bermaksud India reads, India grows anjuran India Trade Promotion Organisation (ITPO). Malang sekali DBF berlangsung ketika Aidil Adha. Pesta Buku Delhi wajar di kunjungi kerana mengikut data yang di peroleh dari NOP’s World Culture Score Index (2017), penduduk India menghabiskan sekurang-kurangnya 10 jam 42 minit seminggu untuk aktiviti pembacaan di ikuti oleh Thailand 9 jam 24 minit. Filipina di tangga ke empat dengan 7 jam 36 minit manakala penduduk Indonesia pula membaca sekurang-kurangnya 6 jam seminggu. Rakyat negara Jepun memperuntukkan kira-kira 4 jam 6 minit seminggu untuk aktiviti ini. Data mengenai aktiviti pembacaan rakyat Malaysia tidak diperoleh. Ini menunjukkan rakyat Malaysia membaca kurang daripada rakyat Korea iaitu 3 jam 6 minit.
Ninoy Aquino International Airport, Philippines
7.30 malam, 17/9/17